Terkini
Beri peluang sama rata pemohon warganegara – Ahli Parlimen PH
Seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) semalam membangkitkan persoalan mengenai dasar dan polisi kerajaan berkait mereka yang memperoleh taraf kewarganegaraan negara ini.
- Seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) membangkitkan persoalan mengenai dasar dan polisi kerajaan berkait mereka memperoleh taraf kewarganegaraan negara ini.
- Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkata, ini kerana pihaknya mendapati terdapat kelemahan dari segi pelaksanaan dalam isu perolehan taraf kewarganegaraan mereka yang memohon.
- “Kita boleh lihat ada pemain bola dari negara asing datang ke Malaysia, main tiga, empat, lima tahun sudah boleh dapat warganegara. Apakah dasar kerajaan kita? Apakah polisi?”
- “Dalam hal ini (perolehan taraf kewarganegaraan), kita harap supaya diberi peluang sama rata kepada semua yang memohonnya.
- “Saya lihat terdapat kelemahan dari segi pelaksanaan dalam isu kewarganegaraan ini,” katanya ketika membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi tahun 2020 di Dewan Rakyat semalam.
Kuala Lumpur: Seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) semalam membangkitkan persoalan mengenai dasar dan polisi kerajaan berkait mereka yang memperoleh taraf kewarganegaraan negara ini.
Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkata, ini kerana pihaknya mendapati terdapat kelemahan dari segi pelaksanaan dalam isu perolehan taraf kewarganegaraan mereka yang memohon.
“Kita boleh lihat ada pemain bola dari negara asing datang ke Malaysia, main tiga, empat, lima tahun sudah boleh dapat warganegara. Apakah dasar kerajaan kita? Apakah polisi?
“Dalam hal ini (perolehan taraf kewarganegaraan), kita harap supaya diberi peluang sama rata kepada semua yang memohonnya.
“Saya lihat terdapat kelemahan dari segi pelaksanaan dalam isu kewarganegaraan ini,” katanya ketika membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi tahun 2020 di Dewan Rakyat semalam.
Khoo dalam pada itu turut memuji langkah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyasarkan untuk memproses sekurang-kurangnya 10,000 permohonan taraf kewarganegaraan pada tahun ini.
Bagaimanapun dakwanya, jumlah yang memohon taraf kewarganegaraan negara ini adalah lebih daripada itu dan ada dalam kalangan pemohon telah memohon sehingga empat kali, namun masih lagi tidak memperolehnya.
Katanya, disebabkan itu, pihaknya mencadangkan agar perlunya ada satu sistem yang baik bagi mereka yang memohon taraf kewarganegaraan ini.
“Sudah tiba masanya, kita perlu mengkaji semula akta sedia ada supaya kita dapat bantu mereka.
“Sebagai ahli parlimen, kita tahu apa yang berlaku di kawasan kita dan saya percaya ahli parlimen lain juga sama.
“Kita sedia membantu kementerian, kerajaan dan kita boleh tolong kenal pasti kes-kes sedemikian (permohonan taraf kewarganegaraan),” katanya.
Sumber: Harian Metro