Connect with us

Terkini

Tiada masalah ibu bapa berlainan agama jaga anak-anak Islam – Peguam

“Selagi ibu bapa tersebut menjaga kepentingan hidup beragama Islam anak-anak tersebut, tidak ada masalah untuk ibu bapa berlainan agama tersebut menjaga anak-anak Islam itu.”

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Tiada masalah ibu bapa berlainan agama jaga anak-anak Islam – Peguam
Foto: Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
  • “Selagi ibu bapa tersebut menjaga kepentingan hidup beragama Islam anak-anak tersebut, tidak ada masalah untuk ibu bapa berlainan agama tersebut menjaga anak-anak Islam itu.”
  • Demikian kata Peguam mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang menjelaskan pihaknya bersifat terbuka di dalam isu melibatkan anak-anak mualaf lebih wajar di bawah jagaan ibu bapa seagama atau sebaliknya.
  • “Ini kerana hubungan anak dengan ibu bapa berlainan agama juga tidak boleh dipisahkan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang memutuskan ketiga-tiga anak Loh Siew Hong masih lagi beragama Islam.
  • MAIPs mengemukakan permohonan di Mahkamah Keluarga bagi mendapatkan perintah variasi membolehkan pihaknya memberi didikan agama dan keperluan agama kepada anak-anak tersebut. 

KUALA LUMPUR — “Selagi ibu bapa tersebut menjaga kepentingan hidup beragama Islam anak-anak tersebut, tidak ada masalah untuk ibu bapa berlainan agama tersebut menjaga anak-anak Islam itu.”

Demikian kata Peguam mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang menjelaskan pihaknya bersifat terbuka di dalam isu melibatkan anak-anak mualaf lebih wajar di bawah jagaan ibu bapa seagama atau sebaliknya.

“Ini kerana hubungan anak dengan ibu bapa berlainan agama juga tidak boleh dipisahkan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times semalam.

Zainul Rijal yang juga Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi pada Khamis yang memutuskan ketiga-tiga anak Loh Siew Hong masih lagi beragama Islam.

Status pengislaman tiga kanak-kanak terdiri daripada pasangan kembar perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipertikaikan wanita terbabit yang mendakwa penukaran agama itu dibuat tanpa kebenarannya dan dilakukan secara unilateral (sebelah pihak).

Siew Hong memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 25 Mac 2022 dengan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Perlis dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat.

Dalam pada itu, Zainul Rijal memaklumkan MAIPS mengemukakan permohonan di Mahkamah Keluarga bagi mendapatkan perintah variasi membolehkan pihaknya memberi didikan agama dan keperluan agama kepada anak-anak tersebut. 

Bagaimanapun, katanya, MAIPs tidak memohon hak jagaan kerana ia merupakan isu melibatkan antara ibu dan bapa kepada kanak-kanak mualaf tersebut.

“Perkara ini akan diputuskan dalam kes yang berlainan di mana MAIPS ada memohon di mahkamah keluarga bagi membuat perintah variasi membolehkan MAIPs memberi didikan agama dan keperluan agama kepada anak anak tersebut. 

“MAIPs tidak memohon hak jagaan kerana ia merupakan isu antara ibu dan bapa anak anak tersebut. Yang penting sebagai seorang Islam anak-anak tersebut berhak mendapat didikan Islam,” katanya.

Terdahulu, bekas suami Siew Hong, Muhammad Nagahswaran Muniandy dilapor menukarkan agama ketiga-tiga anak mereka kepada Islam di Perlis tanpa kebenaran dan pengetahuannya. 

Pada 21 Feb 2022, Mahkamah Tinggi memerintahkan tiga adik-beradik yang dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan kepada ibu mereka, Siew Hong, selepas membenarkan permohonan habeas corpus difailkan ibu tunggal itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *