Terkini
Rancangan jatuhkan Kerajaan Perpaduan wujud, gabungan empat parti masih kuat – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, namun menegaskan ia sebagai tidak berasas.

- Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, namun menegaskan ia sebagai tidak berasas.
- Sebaliknya, Perdana Menteri meminta semua pihak supaya tidak melayan pihak yang ingin berkomplot menjatuhkan kerajaan.
- Beliau berkata, gabungan empat parti politik utama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah cukup kuat dan berupaya untuk menangkis komplot menjatuhkan kerajaan selain sudah menyatakan komitmen untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan.
- “Komplot ada tetapi tidak ada asasnya, kita tumpu kerja, kalau dia (pengkomplot) tak ada komplot, dia kerja apa? Maknanya dia jalankan tugas dia, setiap bulan dia ada strategi,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Sambutan hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
- Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan wujud usaha menggulingkan Kerajaan Perpaduan selepas beberapa Ahli Parlimen dari BN didakwa dipujuk individu penting untuk meninggalkan parti mereka dengan mengorbankan kerusi dimenangi.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, namun menegaskan ia sebagai tidak berasas.
Sebaliknya, Perdana Menteri meminta semua pihak supaya tidak melayan pihak yang ingin berkomplot menjatuhkan kerajaan.
Beliau berkata, gabungan empat parti politik utama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah cukup kuat dan berupaya untuk menangkis komplot menjatuhkan kerajaan selain sudah menyatakan komitmen untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan.
“Komplot ada tetapi tidak ada asasnya, kita tumpu kerja, kalau dia (pengkomplot) tak ada komplot, dia kerja apa? Maknanya dia jalankan tugas dia, setiap bulan dia ada strategi.
“Jadi, kita tumpu kerja dan jangan layan pengigau-pengigau,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Sambutan hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.
Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan wujud usaha menggulingkan Kerajaan Perpaduan selepas beberapa Ahli Parlimen dari BN didakwa dipujuk individu penting untuk meninggalkan parti mereka dengan mengorbankan kerusi dimenangi.
Dengan memetik sumber, portal itu mendedahkan sekurang-kurangnya 12 Ahli Parlimen BN menjadi sasaran dalam konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, pentadbirannya ketika ini amat kuat dengan didukung parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Justeru, beliau meminta semua pihak supaya tidak melayan pihak yang sengaja mahu menimbulkan keresahan.
“Setakat yang kita pantau, keadaan cukup kuat dan yang penting, PH, BN, GPS, GRS termasuk yang lain-lain, komitmennya cukup jelas.
“Jadi (kita) tumpu kerja, jangan layan pengigau-pengigau,” katanya.
Sumber: Berita Harian
