Connect with us

Antarabangsa

Pesaing pesawat Airbus, Boeing buatan China lakukan penerbangan komersial sulung

Jet berbadan sempit (pesawat lorong tunggal) domestik pertama China, C919 melakukan penerbangan komersial sulungnya pada Ahad (semalam).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pesaing pesawat Airbus, Boeing buatan China lakukan penerbangan komersial sulung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jet berbadan sempit domestik pertama China, C919 berjaya melakukan penerbangan komersial sulungnya pada Ahad (semalam).
  • Penerbangan dari Shanghai ke Beijing itu merupakan pencapaian penting bagi Beijing dalam usaha sedekadnya untuk mencabar syarikat pengeluar pesawat global yang lain.
  • “Penerbangan komersial pertama ini merupakan pencapaian penting kematangan (pembuatan) pesawat baharu ini dan C919 akan bertambah baik dan baik seandainya ia bertahan dalam pasaran,” kata kata Pengarah Pemasaran dan Jualan Comac, Zhang Xiaoguang.
  • C919 mempunyai 164 tempat duduk dengan susunan kabin dua kelas yang terdiri daripada tempat duduk perniagaan dan ekonomi serta jarak penerbangan yang boleh mencapai 5,555km (3,452 batu).
  • Menurut Comac, yang berhasrat untuk menghasilkan 150 jet setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang, lebih 1,200 tempahan untuk C919 diperolehi setakat ini.

Jet berbadan sempit (pesawat lorong tunggal) domestik pertama China, C919 melakukan penerbangan komersial sulungnya pada Ahad (semalam).

Penerbangan dari Shanghai ke Beijing itu merupakan pencapaian penting buat Beijing dalam cubaan sedekadnya untuk mencabar syarikat-syarikat pengeluar pesawat global yang lain.

Pesawat itu dibina Commercial Aviation Corporation of China (Comac) berlepas di Shanghai dan ‘tiba dengan lancar’ di Beijing sekitar 04:30 GMT pada Ahad, kira-kira 40 minit lebih awal dari jadual, lapor media tempatan.

“Penerbangan komersial pertama ini merupakan pencapaian penting kematangan (pembuatan) pesawat baharu ini dan C919 akan bertambah baik dan baik sekiranya ia terus bertahan dalam pasaran,” kata Pengarah Pemasaran dan Jualan Comac, Zhang Xiaoguang seperti dilaporkan Xinhua.

Pada Mac 2021, China Eastern Airlines yang dikendalikan kerajaan menempah lima jet tersebut. 

Penghantaran pesawat pertama dilakukan Disember lalu dengan selebihnya bakal diterima syarikat tersebut akhir tahun ini.

C919 mempunyai 164 tempat duduk dengan susunan kabin dua kelas yang terdiri daripada tempat duduk perniagaan dan ekonomi serta jarak penerbangan yang boleh mencapai 5,555km (3,452 batu). 

Pesawat itu juga disebut-sebut berpotensi memecahkan dominasi jet lorong tunggal buatan Airbus dan Boeing.

Beijing memberi lampu hijau kepada program (pembuatan) pesawat C919 sejak 15 tahun lalu, tetapi projek itu dihujani cabaran kawal selia dan halangan teknikal, termasuk kawalan eksport AS. 

Walaupun pesawat itu dipasang di China, ia sangat bergantung kepada komponen dari Barat seperti (komponen) kawalan penerbangan dan enjin jet.

Pembuatan pesawat itu bermula pada 2011 dan prototaip pertama siap pada 2015. C919 melakukan penerbangan ujian pertamanya pada 2017 dan melalui beberapa penerbangan serupa sejak itu.

Menurut Comac, yang berhasrat untuk menghasilkan 150 jet setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang, lebih 1,200 tempahan untuk C919 diperolehi setakat ini. 

Sumber: RT News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *