Antarabangsa
Pengasas bersama Google terkait jenayah pedofilia tidak dapat dikesan
Virgin Islands kini sedang cuba untuk menyampaikan sepina terhadap syarikat induk Google, Alphabet atas saman berkenaan tuduhan bahawa JPMorgan telah membolehkan rangkaian pemerdagangan mangsa seks bawah umur untuk Jeffrey Epstein.
- Virgin Islands kini cuba untuk menyampaikan sepina terhadap syarikat induk Google, Alphabet atas saman berkenaan tuduhan bahawa JPMorgan membolehkan rangkaian pemerdagangan mangsa seks bawah umur untuk Jeffrey Epstein.
- Perkara tersebut telah didedahkan oleh sebuah pemfailan undang-undang yang telah diambil pada minggu lalu.
- Para penyiasat bagi pihak kerajaan kini tidak mampu untuk mengesan pengasas bersama Google, Larry Page dan meminta agar Hakim Jed Rakoff untuk membuat penghakiman terhadap Alphabet.
- Antara individu lain yang telah diberi sepina adalah pengasas bersama Google Sergey Brin, pengerusi rangkaian hotel Hyatt Thomas Pritzker dan pemilik media Mort Zuckerman.
AMERIKA SYARIKAT – Virgin Islands kini sedang cuba untuk menyampaikan sepina terhadap syarikat induk Google, Alphabet atas saman berkenaan tuduhan bahawa JPMorgan telah membolehkan rangkaian pemerdagangan mangsa seks bawah umur untuk Jeffrey Epstein.
Perkara tersebut telah didedahkan oleh sebuah pemfailan undang-undang yang telah diambil pada minggu lalu.
Para penyiasat bagi pihak kerajaan kini tidak mampu untuk mengesan pengasas bersama Google, Larry Page dan telah meminta agar Hakim Jed Rakoff untuk membuat penghakiman terhadap Alphabet.
Permintaan yang dibuat oleh para penyiasat kerajaan tersebut adalah dengan alasan bahawa tempoh bagi pencarian fakta bagi saman tersebut hampir tamat serta alasan bahawa kemungkinan besar Page tidak akan dapat dijumpai sebelum akhir bulan ini.
Pemfailan tersebut merujuk kepada “percubaan dengan niat yang baik” oleh para penyiasat untuk mencari Page.
Saman yang dibuat oleh Virgin Islands itu telah menuduh bahawa JPMorgan telah “memejam mata terhadap bukti-bukti yang menunjukkan terdapatnya penyeludupan manusia yang berlaku lebih dari satu dekad”.
Antara individu lain yang telah diberi sepina adalah pengasas bersama Google Sergey Brin, pengerusi rangkaian hotel Hyatt Thomas Pritzker dan pemilik media Mort Zuckerman.
Sumber: Samudera