Terkini
MASAC syor 25 peratus banduan berkait kes dadah diberi pengampunan
Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) berharap kerajaan dapat mempertimbang untuk memberi pengampunan kepada 25 peratus banduan berkait kes dadah yang sudah menjalani lebih separuh tempoh hukuman.
- Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) berharap kerajaan dapat mempertimbang untuk memberi pengampunan kepada 25 peratus banduan berkait kes dadah yang sudah menjalani lebih separuh tempoh hukuman.
- Setiausaha Agungnya, Raja Azizan Suhaimi, berkata pengampunan itu tidak kira sama ada membabitkan banduan warganegara mahupun bukan warganegara.
- Beliau berkata, banduan yang dipilih adalah bagi semua kes dadah tidak kira yang menggunakan dadah ataupun menjual dadah termasuk kes berulang dengan syarat, mereka mendapat sokongan dan dicadangkan Jabatan Penjara Malaysia berikutan berjaya dalam proses pemulihan.
- “MASAC percaya idea ini sekiranya dilaksanakan ketika ini, akan berjaya mengurangkan kesesakan di penjara seluruh negara dan mengurangkan kos penyelenggaraan banduan dadah yang diyakini serta dipercayai oleh Jabatan Penjara Malaysia telah berubah.”
- “Trend semasa yang melihat pengampunan diraja sebagai peluang kedua kehidupan ini, adalah perkara baik yang seharusnya disebar luas kepada banduan dadah yang berada di penjara dan telah diyakini berjaya menjalani program pemulihan Jabatan Penjara dengan jayanya,” katanya dalam kenyataan, semalam.
KUALA LUMPUR: Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) berharap kerajaan dapat mempertimbang untuk memberi pengampunan kepada 25 peratus banduan berkait kes dadah yang sudah menjalani lebih separuh tempoh hukuman.
Setiausaha Agungnya, Raja Azizan Suhaimi, berkata pengampunan itu tidak kira sama ada membabitkan banduan warganegara mahupun bukan warganegara.
Beliau berkata, banduan yang dipilih adalah bagi semua kes dadah tidak kira yang menggunakan dadah ataupun menjual dadah termasuk kes berulang dengan syarat, mereka mendapat sokongan dan dicadangkan Jabatan Penjara Malaysia berikutan berjaya dalam proses pemulihan.
“MASAC percaya idea ini sekiranya dilaksanakan ketika ini, akan berjaya mengurangkan kesesakan di penjara seluruh negara dan mengurangkan kos penyelenggaraan banduan dadah yang diyakini serta dipercayai oleh Jabatan Penjara Malaysia telah berubah.
“Seterusnya mereka boleh dikembalikan kepada masyarakat untuk balik semula, menyambung bakti membangunan negara dan menjaga keluarga kerana telah bebas permasalahan dadah.
“Trend semasa yang melihat pengampunan diraja sebagai peluang kedua kehidupan ini, adalah perkara baik yang seharusnya disebar luas kepada banduan dadah yang berada di penjara dan telah diyakini berjaya menjalani program pemulihan Jabatan Penjara dengan jayanya,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Mengulas lanjut syor berkenaan, Raja Azizan yakin tindakan baik ini akan mampu memberikan mesej jelas terhadap usaha murni negara bagi mengharmonikan kehidupan banduan dengan memberikan peluang kedua.
Katanya, langkah ini menunjukkan kepada khalayak bahawa masalah penagihan dadah boleh dirawat dan diubati.
“Ia seterusnya menjadi contoh yang baik kepada hampir sejuta orang yang belum berjaya dikesan terbabit masalah penagihan dadah oleh pihak berkuasa.
“Harapan besar kepada lebih tiga juta orang anggaran keluarga yang terkesan dengan kesilapan seorang penagih dadah di Malaysia pada hari ini,” katanya.
Sumber: Berita Harian