Connect with us

Terkini

Vape antara punca utama peningkatan kes dadah – MASAC

Rokok elektronik atau vape, antara punca peningkatan tahap penagihan dadah di negara ini, kata Setiausaha Agung Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC), Raja Azizan Suhaimi Raja Abdul Latif.

Wartawan TMT

Published

on

Vape antara punca utama peningkatan kes dadah – MASAC
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rokok elektronik atau vape, antara punca peningkatan tahap penagihan dadah di negara ini, kata Setiausaha Agung Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC), Raja Azizan Suhaimi Raja Abdul Latif.
  • Golongan muda terutamanya berasa seronok hisap vape disebabkan bahan psikoaktif baharu (new psychoactive substances – NPS) terkandung dalamnya.
  • NPS dikenali ‘dadah ciptaan’ merupakan bahan sintetik direka bentuk bagi meniru kesan dadah berbahaya terlarang dan kebal undang-undang antidadah.
  • “Setakat ini lebih 800 jenis NPS yang belum digazetkan sebagai dadah,” katanya kepada BuletinTV3.
  • Menurut Raja Azizan, ramai penagih dadah dikesan susulan pengambilan NPS oleh penghisap vape.
  • Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, tahap penagihan dadah di negara ini semakin membimbangkan apabila anggaran terkini menunjukkan 1,097,408 rakyat terjerumus dalam najis dadah.

PETALING JAYA: Rokok elektronik atau vape, antara punca peningkatan tahap penagihan dadah di negara ini, kata Setiausaha Agung Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC), Raja Azizan Suhaimi Raja Abdul Latif.

Jelasnya, golongan muda terutamanya berasa seronok menghisap vape disebabkan bahan psikoaktif baharu (new psychoactive substances – NPS) yang terkandung dalamnya.

NPS juga dikenali sebagai ‘dadah ciptaan’ merupakan bahan sintetik yang direka bentuk bagi meniru kesan dadah berbahaya terlarang dan kebal undang-undang antidadah.

“Setakat ini lebih 800 jenis NPS yang belum digazetkan sebagai dadah,” katanya kepada BuletinTV3.

Justeru, menurut Raja Azizan, ramai penagih dadah dikesan susulan pengambilan NPS oleh penghisap vape.

Selain itu katanya, peningkatan jumlah penagih adalah disebabkan dadah jenis ‘ice’ methamphetamine yang senang diproses.

“Dadah jenis ice dan methamphetamine ini senang diproses, kalau sewa sebuah kondominium, individu boleh buat keuntungan RM3,000 hingga RM4,000 dengan senang dan disebabkan itu ia murah,” ujarnya.

Malah kini bahan terlarang itu mudah dibeli dalam talian.

Sementara itu, Raja Azizan berpendapat, dalam usaha memerangi dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tidak sewajarnya dibebani dengan pelbagai kerja termasuk rawatan, perubatan, pemulihan serta penguatkuasaan.

Sebaliknya beliau mencadangkan agensi terbabit hanya memberi fokus kepada langkah pencegahan dan pemulihan manakala tangkapan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM) dan Jabatan Sukarelawan (RELA).

Jelasnya, ia bagi memastikan proses pemulihan penagih dadah berkesan.

“Pada pandangan saya, di dalam AADK sendiri perlu diperbanyakkan lagi psikiatri dan kaunselor serta daripada anggota yang mahir untuk menjalankan rawatan dan pemulihan,” ujar beliau.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, tahap penagihan dadah di negara ini semakin membimbangkan apabila anggaran terkini menunjukkan 1,097,408 rakyat terjerumus dalam najis dadah.

Lebih menyedihkan, 328,640 daripada jumlah itu adalah mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun.

Ketua AADK, Sutekno Ahmad Belon pula mendedahkan, bekalan dadah sintetik boleh diperolehi pada harga serendah RM18 menerusi ‘dark web’ atau sesawang gelap serta platform aplikasi sembang sosial lain.

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending