Terkini
KDN kekal larangan terbit al-Quran dalam tulisan rumi
Larangan menerbitkan naskhah kitab suci al-Quran dalam tulisan rumi akan terus dikekalkan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
- Larangan menerbitkan naskhah kitab suci al-Quran dalam tulisan rumi akan terus dikekalkan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
- Beliau berkata pendirian itu selaras peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326).
- “KDN juga merujuk keputusan Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-24 yang bersidang pada 5 dan 6 Jun 1989 bahawa haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian dalam al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab.
- “Ini (pendirian) tegas dan terus diberi perhatian tinggi kementerian,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat semalam.
KUALA LUMPUR, 2 Zulkaedah 1444H, Isnin – Larangan menerbitkan naskhah kitab suci al-Quran dalam tulisan rumi akan terus dikekalkan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata, pendirian itu selaras peruntukan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326).
Tegasnya, al-Quran mestilah menggunakan teks asal iaitu dalam bahasa Arab sahaja di negara ini.
“KDN juga merujuk keputusan Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-24 yang bersidang pada 5 dan 6 Jun 1989 bahawa haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian dalam al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab.
“Ini (pendirian) tegas dan terus diberi perhatian tinggi kementerian,” katanya.
Beliau berkata demikian menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Pencetakan Teks Al-Qur’an (Pindaan) 2023 di Dewan Rakyat semalam.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor, yang mempengerusikan mesyuarat kemudian memaklumkan pindaan RUU Akta 326 itu diluluskan sebulat suara Ahli Parlimen semalam, selepas dibentang bagi bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat.
Terdahulu, RUU itu dibentangkan antara lain untuk menaikkan penalti serta hukuman penjara bagi kesalahan mencetak atau menerbitkan teks al-Quran yang tidak diperakui Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).
RUU bertujuan meminda Akta Pencetakan Teks Al-Qur’an 1986 itu, mencadangkan peningkatan jumlah penalti maksimum daripada RM10,000 kepada RM50,000, manakala hukuman maksimum penjara pula daripada tiga tahun kepada lima tahun.
Sumber: Ismaweb