Connect with us

Terkini

Jangan peluk Islam kerana kepentingan diri – Menteri agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menasihatkan saudara baharu supaya tidak menggunakan Islam sebagai ‘alat’ untuk kepentingan peribadi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jangan peluk Islam kerana kepentingan diri – Menteri agama
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menasihatkan saudara baharu supaya tidak menggunakan Islam sebagai ‘alat’ untuk kepentingan peribadi.
  • Sebaliknya kata beliau, semua saudara baharu perlu menggunakan kesempatan yang diberikan itu untuk terus bertakwa dan menyebarluaskan kebaikan Islam kepada seluruh komuniti.
  • “Apabila kita peluk Islam, itu bukan ‘tiket’ untuk kita mencari kesenangan di dunia dan semata-mata untuk mengejar ganjaran di dunia. Tetapi rebut peluang ini untuk ke arah yang lebih baik.
  • “Jika mampu, sebar luaskan Islam bukan setakat kepada ahli keluarga, malah kepada komuniti setempat. Belajar dan dalami Islam sebaiknya, mana tahu selepas ini anda semua boleh menjadi pendakwah,” katanya.

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menasihatkan saudara baharu supaya tidak menggunakan Islam sebagai ‘alat’ untuk kepentingan peribadi.

Sebaliknya kata beliau, semua saudara baharu perlu menggunakan kesempatan yang diberikan itu untuk terus bertakwa dan menyebarluaskan kebaikan Islam kepada seluruh komuniti.

Jelasnya, saudara baharu ini boleh menjadi ‘ejen’ dalam kalangan keluarga dan komuniti untuk mengembangkan lagi Islam di negara ini.

“Apabila kita peluk Islam, itu bukan ‘tiket’ untuk kita mencari kesenangan di dunia dan semata-mata untuk mengejar ganjaran di dunia. Tetapi rebut peluang ini untuk ke arah yang lebih baik.

“Jika mampu, sebar luaskan Islam bukan setakat kepada ahli keluarga, malah kepada komuniti setempat. Belajar dan dalami Islam sebaiknya, mana tahu selepas ini anda semua boleh menjadi pendakwah,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu membimbing tujuh orang saudara baharu melafazkan syahadah di Masjid Negara, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im turut menyeru kepada saudara baharu agar tidak menjauhkan diri daripada keluarga dan terus berbakti kepada mereka walaupun berlainan agama.

“Janganlah anda semua menjauhkan diri dan ‘membuang’ keluarga, kerana walaupun sudah berlainan agama, ikatan kekeluargaan tidak akan putus buat selamanya.

“Yang ada keluarga atau adik-beradik bukan Islam, kena jaga dan ambil peranan. Kalau dulu cuai dan lalai, bila peluk Islam kena jadi seorang muslim yang sebenar-benarnya. Teruskan berkongsi tentang kebaikan Islam kepada mereka,” nasihatnya.

Pada masa sama, Mohd Na’im memaklumkan sejak menjawat jawatan Menteri Agama pada Disember tahun lalu, ini kali pertama beliau mengislamkan saudara baharu.

“Saya sangat terharu apabila berkesempatan membimbing saudara baharu kita pada hari ini selepas kali terakhir melakukannya ketika melanjutkan pengajian ijazah kedoktoran di London sekitar tahun 1994,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *