Connect with us

Terkini

JAINJ, polis pantau media sosial cegah pesta berunsur maksiat

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan memastikan Parti Seks Bebas atau Gang Bang JB tidak dibenarkan berlaku di negeri ini, walaupun bertukar tarikh dan tempat penganjuran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

JAINJ, polis pantau media sosial cegah pesta berunsur maksiat
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
  • Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan memastikan Parti Seks Bebas atau Gang Bang JB tidak dibenarkan berlaku di negeri ini, walaupun bertukar tarikh dan tempat penganjuran.
  • Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus meneliti laman-laman sosial yang dikenalpasti bagi mencegah dan menangani kegiatan tidak bermoral itu.
  • Beliau juga memaklumkan halaman yang mempromosikan penganjuran pesta itu juga sudah ditutup dan tidak dapat diikuti buat masa ini.
  • Beliau berkata, sekiranya mendapat maklumat berhubung kegiatan tidak bermoral, segera melaporkan kepada PDRM dan jangan mengambil tindakan sendiri.
  • Pada 24 Mei lalu, tular poster atau kad jemputan ke acara ‘Gang Bang JB Party’ melalui media sosial (Twitter) yang mempromosikan pesta seks bebas.

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan memastikan Parti Seks Bebas atau Gang Bang JB tidak dibenarkan berlaku di negeri ini, walaupun bertukar tarikh dan tempat penganjuran.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus meneliti laman-laman sosial yang dikenalpasti bagi mencegah dan menangani kegiatan tidak bermoral itu.

Beliau juga memaklumkan halaman yang mempromosikan penganjuran pesta itu juga sudah ditutup dan tidak dapat diikuti buat masa ini.

“Pada ketika ini kita dapat maklumat bahawa, pertamanya halaman itu telah pun tak dapat diikuti atau ditutup. Itu kejayaan kita yang pertama bahawa mereka tak boleh lagi mempromosikan secara berleluasa terhadap perkara itu.

“Apa juga tarikh yang dia buat ataupun tempat mana yang diubah, dengan kesungguhan JAINJ dan PDRM bersama masyarakat serta komitmen saya secara peribadi sebagai Exco kerajaan negeri Johor, semua orang Islam termasuk bangsa Johor yang tidak mengizinkan perkara terkutuk ini berlangsung.

“Walau mana sahaja dia berpindah atau dimana pun dia berubah, kita akan tetap pastikan dia tidak boleh dilaksanakan. Itu komitmen kita.

“Setakat ini tidak ada lagi pesta lain dilaporkan, tetapi saya nak mempelawa seluruh warga maya, bangsa Johor dan orang Malaysia, kalau ada perkara terkutuk ini akan berlaku di negeri Johor maka kongsikan kepada saya di Facebook dan kita akan sama-sama cegah benda yang terkutuk seperti ini. Saya mempelawa kepada semua netizen dan orang awam di luar sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) dan Sijil Menengah Agama (SMA) di Pusat Islam Iskandar di sini, hari ini.

Mohd Fared berkata, pihaknya menasihat kepada orang awam tidak menyertai program maksiat seperti ini.

Beliau berkata, sekiranya mendapat maklumat berhubung kegiatan tidak bermoral, segera melaporkan kepada PDRM dan jangan mengambil tindakan sendiri.

“Kita sama-sama mencegah. Benarkan polis buat kerja dan siasatan mereka, orang awam jadilah mata, kepala dan telinga kepada pihak berkuasa negeri dan juga polis, laporkan dan jangan bersubahat.

“Insya-Allah semua identiti pengadu akan dirahsiakan. Biarlah saya sendiri bersama JAINJ dan pihak polis yang melaksanakan tugas yang selanjutnya,” katanya.

Khamis lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberi amaran keras supaya penganjuran pesta berunsur maksiat ‘Gang Bang JB Party’ dibatalkan.

Kamarul Zaman berkata, pihaknya akan membuat pemantauan berterusan terhadap apa jua penganjuran acara yang menyalahi undang-undang.

Pada 24 Mei lalu, tular poster atau kad jemputan ke acara ‘Gang Bang JB Party’ melalui media sosial (Twitter) yang mempromosikan pesta seks bebas.

Acara itu dijangka diadakan pada 20 Jun bermula jam 4 petang hingga 9 malam.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *