Connect with us

Terkini

Jadikan nilai perpaduan aset utama negara – Agong

Semua rakyat Malaysia seharusnya menjadikan nilai perpaduan sebagai aset negara yang paling utama demi masa depan, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Jadikan nilai perpaduan aset utama negara – Agong
Foto: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah).
  • Semua rakyat Malaysia seharusnya menjadikan nilai perpaduan sebagai aset negara yang paling utama demi masa depan, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
  • Baginda bertitah rakyat juga harus mengurangkan perbezaan antara mereka dengan merapatkan jurang antara kaum dan agama.
  • “Seperti pepatah Inggeris, charity begins at home, berpatutanlah saya menyatakan di sini iaitu unity begins at home ataupun perpaduan bermula dari rumah,” titah baginda semasa merasmikan sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di Kuching semalam.

Kuching – Semua rakyat Malaysia seharusnya menjadikan nilai perpaduan sebagai aset negara yang paling utama demi masa depan, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah rakyat juga harus mengurangkan perbezaan antara mereka dengan merapatkan jurang antara kaum dan agama.

“Seperti pepatah Inggeris, charity begins at home, berpatutanlah saya menyatakan di sini iaitu unity begins at home ataupun perpaduan bermula dari rumah,” titah baginda semasa merasmikan sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di Kuching semalam.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda pada 11 pagi disambut Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Turut menyambut keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah, Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Pada majlis sama, Al-Sultan Abdullah turut berkenan melancarkan lagu tema perpaduan yang menggabungkan pelbagai dialek di Malaysia bertajuk Setia Perpaduan.

Minggu Perpaduan 2023 yang berlangsung dari 20 sehingga 28 Mei ini turut dijalankan di 15 lokasi lain di seluruh negara. Antaranya di Bertam Square, Pulau Pinang; Dewan Masyarakat Papar, Sabah; Dataran Tasik Kluang, Johor dan Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan, Pahang.

Bertemakan Perpaduan Dalam Kepelbagaian, objektif utama penganjuran Minggu Perpaduan adalah untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta menyebar pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat serta budaya dalam masyarakat Malaysia. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *