Connect with us

Terkini

Hati-hati tawaran pakej badal haji – MATA

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyarankan rakyat Malaysia lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji yang tumbuh bak cendawan dengan menawarkan kos serendah RM1,500 hingga RM3,500 seorang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hati-hati tawaran pakej badal haji – MATA
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyarankan rakyat Malaysia lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji yang tumbuh bak cendawan dengan menawarkan kos serendah RM1,500 hingga RM3,500 seorang.
  • MATA dalam kenyataan memaklumkan, pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menetapkan empat kategori pakej haji disediakan untuk penduduk tempatan tahun ini, dengan kos antara SAR3,984 (RM4,819.79) hingga SAR 11,841 (RM14,325.08).
  • “Dengan kos dikenakan kepada penduduk tempatan seperti dinyatakan, adalah mustahil khidmat badal haji boleh dilakukan di bawah kos terbabit.
  • “Rakyat Malaysia diminta tidak terpedaya dengan kos sedemikian yang ditawar oleh mereka,” katanya dalam kenyataan.

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyarankan rakyat Malaysia lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji yang tumbuh bak cendawan dengan menawarkan kos serendah RM1,500 hingga RM3,500 seorang.

MATA dalam kenyataan memaklumkan, pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menetapkan empat kategori pakej haji disediakan untuk penduduk tempatan tahun ini, dengan kos antara SAR3,984 (RM4,819.79) hingga SAR 11,841 (RM14,325.08).

“Dengan kos dikenakan kepada penduduk tempatan seperti dinyatakan, adalah mustahil khidmat badal haji boleh dilakukan di bawah kos terbabit.

“Rakyat Malaysia diminta tidak terpedaya dengan kos sedemikian yang ditawar oleh mereka,” katanya dalam kenyataan.

MATA berpendapat tindakan tegas perlu diambil pihak berkuasa kepada mereka yang menawarkan khidmat badal haji dengan harga tidak munasabah dan hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata dengan mengetepikan soal halal dan haram.

Persatuan itu turut mencadangkan kerajaan mengawal selia khidmat perniagaan badal haji mengikut perundangan dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dan bukannya boleh dilakukan sesuka hati tanpa pengawasan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *