Connect with us

Terkini

Gaji pekerja akan dikurangkan jika kenaikan caruman KWSP majikan dilaksana- PENGILANG

Cadangan menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan kepada 20 peratus, kurang sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana ia hanya akan membebankan majikan, sekali gus menjejaskan pekerja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gaji pekerja akan dikurangkan jika kenaikan caruman KWSP majikan dilaksana- PENGILANG
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Cadangan menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan kepada 20 peratus, kurang sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana ia hanya akan membebankan majikan, sekali gus menjejaskan pekerja.
  • Langkah itu akan mencetus risiko pada perniagaan, yang mungkin menyebabkan gaji pekerja dikurangkan atau tidak dinaikkan. – Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG), Datuk Dr Azman Yusoff
  • Beliau berkata, cadangan itu tidak kena pada masanya kerana majikan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sudah sedia menanggung beban peningkatan kos operasi dan harga barang mentah ketika ini.
  • “Kesan kenaikan kadar caruman KWSP majikan adalah kos perniagaan meningkat kerana majikan perlu membayar lebih banyak untuk caruman KWSP,” katanya.

KUALA LUMPUR: Cadangan menaikkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan kepada 20 peratus, kurang sesuai dilaksanakan buat masa ini kerana ia hanya akan membebankan majikan, sekali gus menjejaskan pekerja.

Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG), Datuk Dr Azman Yusoff, berkata langkah itu akan mencetus risiko pada perniagaan, yang mungkin menyebabkan gaji pekerja dikurangkan atau tidak dinaikkan.

Beliau berkata, cadangan itu tidak kena pada masanya kerana majikan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sudah sedia menanggung beban peningkatan kos operasi dan harga barang mentah ketika ini.

“Kesan kenaikan kadar caruman KWSP majikan adalah kos perniagaan meningkat kerana majikan perlu membayar lebih banyak untuk caruman KWSP.

“Ini menyebabkan peningkatan harga produk atau perkhidmatan mereka, yang berisiko mengurangkan permintaan dan akhirnya merosakkan perniagaan mereka.

“Dengan meningkatnya kos perniagaan, keuntungan perniagaan menurun. Ini boleh mengurangkan kemampuan perniagaan untuk melabur dalam pertumbuhan dan pembangunan serta mencipta peluang pekerjaan baharu.

“Peningkatan caruman KWSP majikan juga boleh membawa kepada penurunan gaji pekerja kerana majikan mungkin mengurangkan kos pekerjaan dengan cara menurunkan gaji pekerja atau tidak memberi kenaikan gaji,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada sambutan Hari Pekerja 2023 di Putrajaya, Isnin lalu, memaklumkan kerajaan akan membincangkan cadangan supaya kadar caruman KWSP bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini.

Cadangan itu diusulkan oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), yang menyenaraikan cadangan terbabit dalam 12 syor untuk dipertimbangkan kerajaan.

Mengulas lanjut, Azman berpandangan cadangan itu juga memiliki kesan tidak langsung, antaranya pekerja berisiko berdepan masalah kewangan akibat penurunan gaji dan kehilangan pekerjaan.

“Jika banyak perniagaan terjejas oleh peningkatan caruman KWSP majikan, ia boleh memberi kesan kepada ekonomi secara keseluruhan.

“Peningkatan kadar pengangguran dan penurunan pertumbuhan ekonomi mungkin berlaku jika banyak perniagaan terpaksa ditutup atau mengurangkan pekerja,” katanya.

Meskipun mengakui cadangan itu boleh menaikkan jumlah simpanan persaraan pekerja, Azman menegaskan, pelaksanaannya perlu meneliti pelbagai faktor lain, khususnya keadaan ekonomi dan industri semasa.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya memberi tumpuan kepada program pembangunan perniagaan PKS yang menyumbang kepada hampir 50 peratus pekerjaan di

Malaysia, untuk menambah baik kadar gaji golongan pekerja.

“Sudah tentu syarikat yang berjaya akan memberi imbuhan yang setimpal kepada pekerja. Warga pekerja akan menerima manfaat selari dengan perkembangan majikan.

“PENGILANG berharap kerajaan akan bersidang bersama semua persatuan industri untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas sebelum melaksanakan sebarang dasar yang mendatangkan kesan besar kepada industri perkilangan negara,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author