Terkini
Cadangan caruman KWSP majikan dinaikkan 20 peratus tidak sesuai dilaksana sekarang
Cadangan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan ketika ini, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
- Cadangan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan ketika ini, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
- Ekonomi ketika ini kekal mencabar selain prospek yang tidak menentu serta pertumbuhan global masih kekal rapuh. – Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai
- Beliau berkata, berdasarkan Tinjauan Keadaan Perniagaan FMM Separuh Kedua 2022, terdapat jangkaan untuk kelembapan jualan dalam enam bulan pertama 2023 di peringkat domestik dan global.
- Katanya, antara tiga faktor utama yang masih menjadi kerisauan adalah tekanan kos input, kos tenaga yang lebih tinggi (termasuk gas dan elektrik) dan turun naik dalam nilai matawang ringgit.
KUALA LUMPUR: Cadangan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan ketika ini, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai, berkata ekonomi ketika ini kekal mencabar selain prospek yang tidak menentu serta pertumbuhan global masih kekal rapuh.
Beliau berkata, berdasarkan Tinjauan Keadaan Perniagaan FMM Separuh Kedua 2022, terdapat jangkaan untuk kelembapan jualan dalam enam bulan pertama 2023 di peringkat domestik dan global.
Tinjauan itu juga, menurutnya menunjukkan responden masih risau mengenai risiko terhadap pemulihan dan pertumbuhan perniagaan pada 2023 untuk ekonomi global dan domestik.
Katanya, antara tiga faktor utama yang masih menjadi kerisauan adalah tekanan kos input, kos tenaga yang lebih tinggi (termasuk gas dan elektrik) dan turun naik dalam nilai matawang ringgit.
“Industri berpandangan bahawa tumpuan kerajaan pada masa ini harus diberikan kepada inisiatif jangka pendek dan segera untuk pekerja mempunyai lebih banyak wang di dalam poket mereka.
“Selain itu, meningkatkan kuasa beli rakyat di tengah tekanan harga berterusan yang memberi kesan semua orang,” katanya dalam satu kenyataan.
Thian Lai berkata, tumpuan kerajaan harus tertumpu pada mengekalkan kos dan taraf hidup rakyat agar lebih terurus serta memastikan trajektori pertumbuhan ekonomi yang positif.
Usaha itu, katanya akan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan meningkatkan keuntungan serta melonjakkan aliran tunai mereka yang kemudiannya dapat menyokong gaji dan faedah yang lebih baik untuk pekerja.
“FMM ingin mengulangi bahawa sebarang cadangan atau perubahan dasar yang akan memberi kesan kos langsung kepada perniagaan mesti dilakukan dengan perundingan penuh bersama semua pihak berkepentingan yang berkaitan,” katanya.
Sumber: Berita Harian