Antarabangsa
AI boleh ‘rosakkan’ pilihan raya Presiden AS
Teknologi itu dibimbangi boleh memberi kesan besar terhadap senario politik di negara ini, termasuk pilihan raya presiden yang bakal berlangsung pada tahun depan.
- Kumpulan pemerhati politik Amerika Syarikat (AS) menzahirkan kebimbangan mengenai perkembangan pantas teknologi kecerdasan buatan (AI) di negara ini.
- Teknologi itu dibimbangi boleh memberi kesan besar terhadap senario politik di negara ini, termasuk pilihan raya presiden yang bakal berlangsung pada tahun depan.
- Pilihan raya presiden 2024 dijangka menjadi medium pilihan raya pertama di negara ini yang bakal menggunakan kelebihan teknologi AI.
- Para calon boleh menggunakan teknologi AS dalam kempen masing-masing untuk meraih undi tanpa masyarakat menyedari sama ada maklumat yang disalurkan adalah benar atau sebaliknya.WASHINGTON: Kumpulan pemerhati politik Amerika Syarikat (AS) menzahirkan kebimbangan mengenai perkembangan pantas teknologi kecerdasan buatan (AI) di negara ini.
Teknologi itu dibimbangi boleh memberi kesan besar terhadap senario politik di negara ini, termasuk pilihan raya presiden yang bakal berlangsung pada tahun depan.
Pilihan raya presiden 2024 dijangka menjadi medium pilihan raya pertama di negara ini yang bakal menggunakan kelebihan teknologi AI.
Para calon boleh menggunakan teknologi AS dalam kempen masing-masing untuk meraih undi tanpa masyarakat menyedari sama ada maklumat yang disalurkan adalah benar atau sebaliknya.
Pakar teknologi memberi amaran, pihak tidak bertanggungjawab boleh menyalahgunakan teknologi tersebut untuk menyemai kebencian masyarakat terhadap politik di negara yang sudah pun tercemar sejak akhir-akhir ini.
Antara penyalahgunaan teknologi AI melibatkan ahli politik yang tular baru-baru ini adalah imej Donald Trump ditahan polis dan imej masa depan negara ini akan bertukar ‘gelap’ sekiranya Joe Biden sekali lagi terpilih sebagai Presiden AS.
Selain itu, beberapa imej lain termasuk situasi panik dalam Wall Street, China menyerang Taiwan, kumpulan pendatang memenuhi sempadan dan San Francisco ditadbir tentera berikutan peningkatan kadar jenayah melampau.
“Kesan AI akan mencerminkan nilai mereka yang menggunakannya. Pihak tidak bertanggungjawab menggunakan teknologi tersebut sebaik mungkin untuk mengelirukan orang ramai.
“Sehubungan itu, pelbagai pihak perlu memainkan peranan penting dalam memastikan penggunaan teknologi itu terkawal, termasuk media, syarikat penyedia teknologi dan masyarakat sendiri,” kata penganalisis politik, Joe Rospars. – AFP
Sumber: Utusan Malaysia