Terkini
(VIDEO) Warga asing tanpa lesen bolot perniagaan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit?
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa mengambil tindakan ke atas kedai-kedai warga asing tanpa lesen yang didakwa memenuhi ruang hadapan Pasar Raya Aj Best di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit.
- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa mengambil tindakan ke atas kedai-kedai warga asing tanpa lesen yang didakwa memenuhi ruang hadapan Pasar Raya Aj Best di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit.
- Menerusi video di TikTok, Pengerusi Persatuan Hak Masyarakat Malaysia, Mustafa Khan memaklumkan gesaan itu dibuat susulan aduan daripada peniaga sekitar Chow Kit dan pemilik bangunan Pasar Raya Aj Best berkenaan perkara tersebut.
- Aj Best didakwa beberapa kali membuat laporan ke atas kedai-kedai terbabit, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil pihak DBKL.
- “Yang meniaga di sini adalah warganegara asing…mereka ini berniaga bertahun-tahun di sini tapi tiada lesen, ada di antara mereka menggunakan lesen untuk meniaga tapi alamat tempat lain, bagaimana mereka boleh meniaga di sini?
- “Mereka akan berjumpa dengan persatuan peniaga kecil-kecilan yang menguruskan di sini, mereka akan bayar padanya. Bila mereka bayar kepada persatuan itu kita pula tak tahu persatuan itu bayar kepada siapa tapi kedai-kedai ini tak dikacau,” katanya pada Isnin lalu.
KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa mengambil tindakan ke atas kedai-kedai warga asing tanpa lesen yang didakwa memenuhi ruang hadapan Pasar Raya Aj Best di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit.
Pengerusi Persatuan Hak Masyarakat Malaysia, Mustafa Khan menerusi video di Tik Tok berkata gesaan itu dibuat susulan aduan daripada peniaga sekitar Chow Kit dan pemilik bangunan Pasar Raya Aj Best berkenaan perkara tersebut.
Katanya, Aj Best beberapa kali membuat laporan ke atas kedai-kedai terbabit, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil pihak DBKL.
View this post on Instagram
“Yang meniaga di sini adalah warganegara asing…mereka ini berniaga bertahun-tahun di sini tapi tiada lesen, ada di antara mereka menggunakan lesen untuk meniaga tapi alamat tempat lain, bagaimana mereka boleh meniaga di sini?
“Mereka akan berjumpa dengan persatuan peniaga kecil-kecilan yang menguruskan di sini, mereka akan bayar padanya.
“Bila mereka bayar kepada persatuan itu kita pula tak tahu persatuan itu bayar kepada siapa tapi kedai-kedai ini tak dikacau,” katanya pada Isnin lalu.
Dalam video berdurasi hampir 4 minit itu, terlihat Mustafa berpakaian serba hitam sedang berdiri di hadapan Pasar Raya Aj Best yang sekitarnya dipenuhi kedai didakwa majoritinya milik warga asing yang tiada lesen berniaga.
Rakaman video itu juga menunjukkan beberapa kedai pakaian, beg dan kasut memenuhi ruang hadapan pasar raya terbabit sehingga menyukarkan orang awam untuk melalui kawasan tersebut kerana dipenuhi barangan jualan.
“Individu warganegara Malaysia nak berniaga susah! Tapi warganegara lain nak berniaga senang and lagi satu saya nak beritahu di sini kalau orang-orang sini miskin (kedai-kedai didakwa warga asing) kamu boleh bagi tempat lain untuk berniaga tapi bukan kacau periuk nasi orang kita tak kacau orang lain pun tak perlulah kacau, okey?
“DBKL hari ini 10 April 2023 saya buat video ini, saya mohon pihak DBKL tengok dan ambil tindakan sekian terima kasih, Assalamualaikum juga selamat sejahtera,” katanya.
Sebelum ini, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman dilapor meminta kerajaan menangani isu warga asing yang kini menjadi tauke dan memonopoli sektor perniagaan tertentu di negara ini sebelum terlambat.
Beliau berkata jika kita tidak mengawalnya dari sekarang, tidak mustahil dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang warga asing akan mengecapi kenikmatan yang ada dalam negara.
Tahun lalu, media melaporkan rata-rata gerai di pasar Chow Kit kelolaan DBKL dikuasai warga asing sama ada sebagai pengusaha atau pekerja di mana lambakan peniaga asing itu kebanyakannya terdiri daripada warga Indonesia, manakala pekerja asingnya pula etnik Rohingya dan Bangladesh. — The Merdeka Times
Sumber: TikTok mustafa khan1992