Connect with us

Terkini

Selesaikan isu penerbangan bukan setakat musim perayaan

Isu tiket mahal serta kekurangan jumlah penerbangan perlu diselesaikan secara total, bukan hanya untuk tempoh musim perayaan saja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Selesaikan isu penerbangan bukan setakat musim perayaan
Foto: Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
  • Isu tiket mahal serta kekurangan jumlah penerbangan perlu diselesaikan secara total, bukan hanya untuk tempoh musim perayaan saja.
  • Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, masalah itu berlarutan sejak sekian lama dan berulang setiap tahun atau setiap kali musim perayaan.
  • Katanya, sudah sampai masanya masalah itu diatasi kerana bukan saja membebankan anak-anak Sarawak dan Sabah yang tinggal di Semenanjung malah turut dihadapi anak Semenanjung yang berada di dua wilayah di Borneo itu.
  • “Harapan saya adalah perkara ini yang menjadi isu setiap kali perayaan baik Aidilfitri, Hari Gawai Dayak, Krismas dan Tahun Baharu Cina supaya diselesaikan segera.” katanya kepada Harian Metro.

Kuching: Isu tiket mahal serta kekurangan jumlah penerbangan perlu diselesaikan secara total, bukan hanya untuk tempoh musim perayaan saja.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, masalah itu berlarutan sejak sekian lama dan berulang setiap tahun atau setiap kali musim perayaan.

Justeru katanya, sudah sampai masanya masalah itu diatasi kerana ia bukan saja membebankan anak-anak Sarawak dan Sabah yang tinggal di Semenanjung malah turut dihadapi anak Semenanjung yang berada di dua wilayah di Borneo itu.

“Harapan saya adalah perkara ini yang menjadi isu setiap kali perayaan baik Aidilfitri, Hari Gawai Dayak, Krismas dan Tahun Baharu Cina supaya diselesaikan segera.

“Ia harus ditangani terus tanpa pihak Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Syarikat Penerbangan serta pihak lain yang berkaitan perlu bersidang dan bermesyuarat setiap kali tiba semua musim perayaan utama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata, apa yang berlaku sekarang, penyelesaian isu tiket mahal serta jumlah penerbangan itu hanya bersifat sementara saja.

Pada masa yang sama, Abdul Karim berterima kasih kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kerana menambah penerbangan ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Aidilfitri.

“Dengan keputusan itu, ramai penduduk Sarawak terutama sekali pelajar akan dapat balik kampung untuk menyambut merayakan Aidilfitri bersama keluarga.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *