Antarabangsa
(VIDEO) Sami Hindutva gesa penganut Hindu rampas Makkah
Seorang sami dari kumpulan ekstrimis Hindutva, Yati Narsinghanand membuat satu lagi ucapan kebencian terhadap umat Islam, demikian lapor Muslim Mirror.
Seorang sami dari kumpulan ekstrimis Hindutva, Yati Narsinghanand membuat satu lagi ucapan kebencian terhadap umat Islam, demikian lapor Muslim Mirror.
Dalam ucapannya, sami itu menggesa penganut Hindu untuk bangkit memerangi umat dan agama Islam.
Lebih parah, dia turut menggesa penganut Hindu untuk berusaha menawan Makkah yang dikatakan “lokasi kuil Mahadev”
Narsinghanand yang merupakan sami kuil Dasna di Ghaziabad sangat terkenal dengan kenyataan anti-Islam.
View this post on Instagram
“Hindu Rashtra adalah suatu impian, kita bukan sahaja akan menawannya tetapi juga Makkah… Gangga Mahadev mengalir dalam bentuk Zam Zam di sana,” katanya.
“Jika kamu tidak menawan Makkeshwar Mandir (Kaabah), tiada kuasa di bumi boleh mengalahkan Islam,” katanya.
Pegawai tertinggi Parti Bharatiya Janata (BJP), khususnya Kapil Mishra yang giat mempromosikan sokongan terhadap Narsinghanand.
Mishra sebelum ini pernah melancarkan kempen mengumpul dana untuk matlamat Narsinghanand “menghapuskan umat dan agama Islam dari muka bumi”.
Pada April tahun lalu, dia dan penyebar kebencian lain telah ditangkap kerana membuat ucapan kebencian di “Mahapanchayat Hindu” mendakwa “50 peratus penganut Hindu akan menukar agama” dalam 20 tahun jika seorang penganut Islam dilantik sebagai perdana menteri negara India.
Sumber: Muslim Mirror