Connect with us

Terkini

Program IMFree diperluas, bendung vape dalam kalangan murid sekolah

Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memperluas program IMFree pada 2023 dalam usaha mencegah amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Program IMFree diperluas, bendung vape dalam kalangan murid sekolah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Program IMFree pada tahun 2023 akan diperluaskan dalam usaha mencegah amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah.
  • Program ini bertujuan agar murid yang lahir pada 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat.
  • Objektif program ini ialah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya merokok.
  • Ia memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memperluas program IMFree pada 2023 dalam usaha mencegah amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah.

KPM dalam satu kenyataan hari ini berkata, program itu bertujuan agar murid yang lahir pada 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat.

“Objektif program ini ialah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya merokok dan memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok,” katanya.

KPM berkata murid menjadi agen/pencetus/penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok.

“KPM mengambil maklum dan prihatin terhadap beberapa laporan media mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.

“KPM sentiasa komited dProgram IMFree diperluas, bendung vape dalam kalangan murid sekolahalam melaksanakan program pendidikan pencegahan berkaitan isu disiplin sebagai satu usaha berterusan memberi kesedaran, kemahiran, pengetahuan serta bimbingan kepada murid,” katanya.

Melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah, pengetua dan guru besar disarankan mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin dan kaunseling di sekolah.

“KPM bersama-sama JPN, PPD dan sekolah dengan kerjasama agensi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Program Lima (5) Minit Antirokok/Vape yang dilaksanakan dalam perhimpunan, kelas ganti, bimbingan kelompok, kempen anti merokok/vape, ceramah, pameran serta melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah,” kata KPM.

KPM berkata aktiviti itu bertujuan untuk menerapkan nilai kesedaran murid, membentuk jati diri dan mempunyai daya tahan yang tinggi. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *