Terkini
PH, BN didakwa cuai selesaikan masalah bekalan air di Kedah
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang pernah menjadi kerajaan di Kedah didakwa cuai serta lalai dalam menyelesaikan masalah air sehingga menyebabkan rakyat menerima kesannya ketika ini.

- Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang pernah menjadi kerajaan di Kedah didakwa cuai serta lalai dalam menyelesaikan masalah air sehingga menyebabkan rakyat menerima kesannya ketika ini.
- Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran serta Tenaga negeri, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria, berkata PH dan BH bukan saja gagal membantu rakyat ketika mentadbir Kedah, malah mempersalahkan pula kerajaan negeri ketika ini yang ditadbir Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berusaha menyelesaikan isu air.
- “Hakikatnya rakyat Kedah nampak secara jelas komitmen kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah pimpinan Muhammad Sanusi yang berusaha menyelesaikan isu bekalan air ini.
- “Rakyat dapat melihat hampir di seluruh daerah di negeri projek penggantian paip giat dilakukan supaya bekalan air tidak terjejas pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
- Gangguan bekalan itu menjadi lebih kronik apabila sumber air berkurangan disebabkan kekurangan hujan dan musim panas sehingga menjejaskan kira-kira 8,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA) membabitkan 40,000 pengguna.
ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang pernah menjadi kerajaan di Kedah didakwa cuai serta lalai dalam menyelesaikan masalah air sehingga menyebabkan rakyat menerima kesannya ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran serta Tenaga negeri, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria, berkata PH dan BH bukan saja gagal membantu rakyat ketika mentadbir Kedah, malah mempersalahkan pula kerajaan negeri ketika ini yang ditadbir Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berusaha menyelesaikan isu air.
“Hakikatnya rakyat Kedah nampak secara jelas komitmen kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah pimpinan Muhammad Sanusi yang berusaha menyelesaikan isu bekalan air ini.
“Rakyat dapat melihat hampir di seluruh daerah di negeri projek penggantian paip giat dilakukan supaya bekalan air tidak terjejas pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohamad Yusoff berkata, operasi penggantian paip lama dan projek naik taraf lima loji rawatan air (LRA) seluruh negeri menjadi punca berlaku gangguan bekalan air terawat ketika ini.
Katanya, gangguan bekalan itu menjadi lebih kronik apabila sumber air berkurangan disebabkan kekurangan hujan dan musim panas sehingga menjejaskan kira-kira 8,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA) membabitkan 40,000 pengguna.
“Musim perayaan menyebabkan gangguan bekalan air di Kedah menjadi lebih buruk, jadi SADA melaksanakan Pelan Kontingensi bagi menghadapi isu ini secara menyeluruh.
“Keadaan tidak seteruk seperti digambarkan sesetengah pihak. Keadaan masih terkawal dan dapat ditangani dengan baik pihak SADA yang menghantar lori tangki ke kawasan terjejas,” katanya.
Berikutan itu, beliau meminta kerjasama semua pihak terutama rakyat Kedah menggunakan air secara berhemah dan melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi situasi luar jangka.
Katanya, SADA juga sedang melaksanakan pembinaan rumah pam dan tangki sedutan bagi meningkatkan kapasiti loji untuk mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan.
Sumber: Berita Harian
