Connect with us

Terkini

Penghantaran makanan halal perkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab halal global

Platform perkhidmatan penghantaran makanan berstatus halal mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab halal di peringkat global, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penghantaran makanan halal perkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab halal global
Foto: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (dua dari kiri) di Majlis pelancaran bekal by Foodpanda.
  • Platform perkhidmatan penghantaran makanan berstatus halal mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab halal di peringkat global, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar.
  • Beliau berkata perkhidmatan yang diperkenalkan oleh bekal by foodpanda menjadi langkah penting dalam memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena ekonomi berasaskan perkhidmatan halal yang akan memanfaatkan rakyat di negara ini.
  • “Inisiatif oleh bekal by foodpanda ini akan membuka lembaran baharu dalam ekosistem penghantaran makanan halal di Malaysia dan diharap ia akan diikuti oleh syarikat penghantaran lain,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran platform berkenaan di sini, semalam.
  • Platform perkhidmatan penghantaran makanan oleh foodpanda itu juga adalah yang pertama mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Malaysia.

CYBERJAYA: Platform perkhidmatan penghantaran makanan berstatus halal mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab halal di peringkat global, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar.

Beliau berkata, perkhidmatan yang diperkenalkan oleh bekal by foodpanda menjadi langkah penting dalam memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena ekonomi berasaskan perkhidmatan halal yang akan memanfaatkan rakyat di negara ini.

“Inisiatif oleh bekal by foodpanda ini akan membuka lembaran baharu dalam ekosistem penghantaran makanan halal di Malaysia dan diharap ia akan diikuti oleh syarikat penghantaran lain,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran platform berkenaan di sini, semalam.

Beliau berkata, platform perkhidmatan penghantaran makanan oleh foodpanda itu adalah yang pertama mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Malaysia.

Bekal by foodpanda menerima pensijilan halal pada Disember tahun lalu dan kini menawarkan penghantaran halal di sekitar Putrajaya.

Perkhidmatan penghantaran itu akan diperluas ke semua kawasan di Lembah Klang menjelang Julai tahun ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DHE Logistics Malaysia Sdn Bhd, Sayantan Das, berkata penghantar makanan platform berkenaan dilengkapi beg penghantaran khas bagi produk halal, selain penghantar juga diberi latihan khusus mengenai kesedaran halal dan sertu.

“Kami memastikan bahawa setiap penghantaran dilakukan dengan kepatuhan kepada prinsip-prinsip halal, tanpa risiko makanan dicemari oleh makanan yang tidak halal,” katanya.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *