Antarabangsa
Laporan Peguam Negara Maryland dedah 156 paderi, ahli gereja Katolik dera 600 kanak-kanak secara seksual
Laporan Peguam Negara Maryland diterbitkan Rabu lalu mendedahkan 156 paderi , biarawati, ahli seminari dan ‘diakon’ dari gereja Katolik didakwa mendera kira-kira 600 kanak-kanak selama lebih enam dekad.

- Laporan Peguam Negara Maryland diterbitkan Rabu lalu mendedahkan 156 paderi, biarawati, ahli seminari dan ‘diakon’ dari gereja Katolik didakwa mendera kira-kira 600 kanak-kanak selama lebih enam dekad.
- Laporan Peguam Negara Maryland, Anthony Brown itu menyatakan penderaan terhadap mangsa dilakukan secara berulang kali dari tahun 1940-an sehingga 2002.
- “Laporan menerangkan secara terperinci bagaimana mereka memaksa mangsa melakukan perbuatan seksual”. – Laporan Peguam Negara Maryland.
- Bagaimanapun, kebanyakan pelaku disenaraikan dalam laporan itu sudah mati dan tidak lagi tertakluk kepada pendakwaan.
- “Walaupun mungkin sudah terlambat… kami berharap bahawa pendedahan ini akan menggalakkan orang lain untuk tampil ke hadapan,” kata laporan itu.
AMERIKA SYARIKAT – Laporan Peguam Negara Maryland diterbitkan Rabu lalu mendedahkan 156 paderi , biarawati, ahli seminari dan ‘diakon’ dari gereja Katolik didakwa mendera kira-kira 600 kanak-kanak selama lebih enam dekad.
Laporan Peguam Negara Maryland, Anthony Brown itu menyatakan penderaan terhadap mangsa dilakukan secara berulang kali dari tahun 1940-an sehingga 2002.
“Laporan menyenaraikan perihalan dakwaan penderaan seksual dan fizikal dalam bentuk grafik: Ia termasuk cerita tentang bagaimana sesetengah pelaku yang didakwa memberi alkohol dan dadah kepada mangsa.
“Ia menerangkan secara terperinci bagaimana mereka memaksa mangsa melakukan perbuatan seksual,” kata laporan itu dipetik CNN.
Brown juga dilaporkan menemui mangsa terselamat dan peguambela pada pagi Rabu untuk mendengar cerita mereka.
“Walaupun setiap cerita itu unik, bersama-sama, mereka mendedahkan tingkah laku tipikal individu dewasa mendera kanak-kanak dengan menyembunyikannya.
“Apa yang konsisten sepanjang cerita adalah kuasa dan kuasa mutlak yang dipegang oleh kepimpinan gereja ke atas mangsa yang terselamat, keluarga mereka dan komuniti mereka,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan pendera yang disenaraikan dalam laporan itu sudah mati dan tidak lagi tertakluk kepada pendakwaan.
“Walaupun mungkin sudah terlambat untuk mereka yang terselamat bagi melihat keadilan jenayah dilaksanakan, kami harap pendedahan ini akan menggalakkan orang lain untuk tampil ke hadapan,” katanya.
Sumber: CNN
