Terkini
Isu nikotin vape: Alangkah lebih baik PMX jaga Malaysia sama seperti beliau lindungi keluarganya
“Alangkah baiknya jika hikmah Yang Berhormat PMX dalam menjaga keluarga YB, dibawa sama dalam amanah YB menjaga kami rakyat (keluarga) Malaysia.”
- Itu reaksi Pakar Perubatan Keluarga, Dr Amirul Amzar susulan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa rumahnya tidak membenarkan aktiviti merokok sama sekali.
- Dr Amirul menegaskan tiada ketua keluarga yang mahukan kemudaratan berlaku kepada ahli keluarganya begitu juga jika seseorang itu vape atau merokok, mereka tidak mahu ahli mereka terjebak sama.
- Vape dan merokok menyebabkan kesan kesihatan yang bukan hanya kepada pengguna namun juga pada orang sekeliling.
- Tiada mana-mana suami mahu melihat isterinya mati disebabkan kanser paru-paru begitu juga tiada ayah mahu melihat anak-anaknya menjadi penagih magic mushroom, keluar masuk pusat serenti dan menjadi sampah masyarakat.
- “Alangkah baiknya jika ketua keluarga Malaysia ikut sama menyaingi keluarga-keluarga lain di sekitar kita. Banyak keluarga lain yang menghalang penularan masalah vape terutamanya,” kata Dr Amirul dalam hantaran di Facebook Medical Mythbusters Malaysia hari ini.
KUALA LUMPUR — “Alangkah baiknya jika hikmah Yang Berhormat PMX dalam menjaga keluarga YB, dibawa sama dalam amanah YB menjaga kami rakyat (keluarga) Malaysia.”
Itu reaksi Pakar Perubatan Keluarga, Dr Amirul Amzar susulan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa rumahnya tidak membenarkan aktiviti merokok sama sekali.
Anwar berkata demikian semasa merespon Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching-PH)
yang meminta PM memberikan komitmen sepenuhnya kepada akta kawalan tembakau yang dijangka dibentang pada Mei ini kerana sekalipun kerajaan ingin mengutip cukai, namun kepentingan kesihatan awam tidak boleh diketepikan.
Dr Amirul menegaskan tiada ketua keluarga yang mahukan kemudaratan berlaku kepada ahli keluarganya begitu juga jika seseorang itu vape atau merokok, mereka tidak mahu ahli mereka terjebak sama.
Katanya, alangkah lebih baik sekiranya ketua keluarga Malaysia itu ikut sama menyaingi keluarga-keluarga lain yang kebanyakannya menghalang penularan masalah vape.
“Alhamdulillah, tahniah YB. YB ketua keluarga yang baik. Moga Allah rahmati YB, isteri dan keluarga.
“Tapi YB… Bukankah kami seluruh rakyat Malaysia juga adalah keluarga YB? Bukankah YB adalah ayah dan ketua keluarga kami semua? Alangkah bagusnya jika kasih sayang yang sama dicurahkan kepada kami semua seperti mana YB menjaga keluarga YB,” katanya di Facebook Medical Mythbusters Malaysia hari ini.
Ini berikutan vape dan merokok membawa kepada beberapa permasalahan lain seperti menyebabkan kesan kesihatan yang bukan hanya kepada pengguna namun juga pada orang sekeliling.
Katanya, tiada mana-mana suami mahu melihat isterinya mati disebabkan kanser paru-paru begitu juga tiada ayah mahu melihat anak-anaknya menjadi penagih magic mushroom, keluar masuk pusat serenti dan menjadi sampah masyarakat.
Situasi ini berlaku kerana vape mahupun rokok adalah pintu ketagihan dadah serta punca masalah sosial.
“Tak ada ketua keluarga yang mahu ahli keluarganya mengandung anak luar nikah, menjadi perompak, penyangak, atau perogol. Tak ada.
“Sebab tak ada ketua keluarga yang mahukan kemudaratan kepada ahlinya. Saya yakin, walau seseorang itu vape atau merokok, mereka tidak mahu ahli mereka terjebak sama.
“Alangkah baiknya jika ketua keluarga Malaysia ikut sama menyaingi keluarga-keluarga lain di sekitar kita. Banyak keluarga lain yang menghalang penularan masalah vape terutamanya,” kata Dr Amirul yang turut mengharapkan Malaysia dilindungi daripada kemudaratan vape, rokok dan tembakau. — The Merdeka Times