Terkini
Halang ketagihan nikotin, Ahli Parlimen digesa adakan resolusi kawal jualan rokok dan vape
Semua Ahli Parlimen digesa mengadakan resolusi kawalan jualan vape dan rokok untuk pengguna sedia ada serta undang-undang yang menghalang rakyat Malaysia daripada terus terjebak dalam penagihan rokok, nikotin dan vape.
- Semua Ahli Parlimen digesa mengadakan resolusi kawalan jualan vape dan rokok untuk pengguna sedia ada serta undang-undang yang menghalang rakyat Malaysia daripada terus terjebak dalam penagihan rokok, nikotin dan vape.
- “Kempen kesedaran dan edukasi (pendidikan) tidak cukup. Penat dah kami buat. Prevalen perokok masih 1 dalam 5 orang malah vape tumbuh dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah tanpa kawalan.
- “Ini tanggungjawab ahli-ahli parlimen tanpa mengira blok politik. Ini bukan hanya isu kesihatan, tetapi ia isu masa depan melibatkan anak-anak bangsa kita”. – Naib Presiden Medical Mythbusters Malaysia (M3), Dr Amirul Amzar.
- “Sudah ada bukti vape digunakan sebagai medium untuk campuran dadah. Saya sendiri pernah berbual dengan pelajar masukan tar dalam vape mereka untuk rasa lalok. Kita nak anak kita jadi penagih yang lalok ke?”, kata Dr Amirul dalam hantaran di Facebook pada Ahad.
KUALA LUMPUR — Semua Ahli Parlimen digesa mengadakan resolusi kawalan jualan vape dan rokok untuk pengguna sedia ada serta undang-undang yang menghalang rakyat Malaysia daripada terus terjebak dalam penagihan rokok, nikotin dan vape.
Naib Presiden Medical Mythbusters Malaysia (M3), Dr Amirul Amzar berkata semua Ahli Parlimen perlu mengadakan resolusi untuk mengawal permasalahan di atas dan mewujudkan undang-undang berkaitan dua perkara utama tersebut.
“Kempen kesedaran dan edukasi (pendidikan) tidak cukup. Penat dah kami buat. Prevalen perokok masih 1 dalam 5 orang malah vape tumbuh dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah tanpa kawalan.
“Ini tanggungjawab ahli-ahli parlimen tanpa mengira blok politik. Ini bukan hanya isu kesihatan, tetapi ia isu masa depan melibatkan anak-anak bangsa kita.
“Saya mohon rakyat bersama MP-MP bersuara. Jangan dipengaruhi industri yang melobi dengan duit dan informasi salah! Kita tak nak bila nasi menjadi bubur, kita menyesal sebab berada di pihak yang salah,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.
Dr Amirul turut menyuarakan kebimbangan dengan pengecualian cecair nikotin dari Akta Racun 1952 ketika ini akan menyebabkan rakyat Malaysia menjadi tidak lagi progresif.
Beliau menegaskan vape dan nikotin bukan jalan untuk berhenti merokok kerana perokok yang menggunakan produk itu untuk berhenti merokok bukan sahaja tidak berhenti dari ketagihan malah berisiko menjadi dual-user (dwi-pengguna).
Individu menjadi dual-user pula terbukti meningkatkan risiko sakit jantung yang lebih tinggi, katanya yang juga merupakan Pakar Perubatan Keluarga.
Selain itu, katanya, pengguna vape juga berpotensi mengambil nikotin yang lebih tinggi berbanding rokok hingga akhirnya mereka gagal keluar dari ketagihan.
“Lebih 30,0000 pelajar sekolah terjebak dengan vape. Ini kita tak boleh nafi dan mereka ini sepatutnya jadi modal insan kita di masa akan datang.
“Tapi kalau mereka dah jadi penagih nikotin dari kecil lagi, otak mereka akan terbantut. Kita akan mundur.
“Sudah ada bukti vape digunakan sebagai medium untuk campuran dadah. Saya sendiri pernah berbual dengan pelajar masukan tar dalam vape mereka untuk rasa lalok. Kita nak anak kita jadi penagih yang lalok ke?” katanya.
Sebelum ini, dilaporkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengeluarkan warta menyatakan, tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952 sekali gus mengetepikan keputusan Lembaga Racun sebelum ini.
Beliau juga dilaporkan akan membentangkan RUU baharu yang bakal mengawal selia semua produk merokok, termasuk bahan merokok mengandungi nikotin yang digunakan untuk tujuan merokok.
Menteri Kesihatan itu menyasarkan RUU baharu akan dibentangkan dengan segera pada Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Parlimen Ke-15 yang dijangka bersidang pada Mei depan. — The Merdeka Times
Sumber: Facebook Medical Mythbusters Malaysia