Terkini
Gerhana matahari separa dicerap di Putrajaya
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melakukan cerapan gerhana matahari separa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersempena fenomena tersebut hari ini.
- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melakukan cerapan gerhana matahari separa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersempena fenomena tersebut hari ini.
- Penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan boleh menyaksikan kebesaran Allah itu antara pukul 11.04 pagi hingga 1.45 petang dengan menggunakan peralatan bersesuaian seperti penuras cahaya matahari yang sesuai demi keselamatan mata.
- Umat Islam digalakkan untuk menunaikan solat sunat gerhana semasa fenomena gerhana tersebut berlaku.
- Malaysia mengalami gerhana matahari separa bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.
- Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi.
PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melakukan cerapan gerhana matahari separa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersempena fenomena tersebut hari ini.
Penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan boleh menyaksikan kebesaran Allah itu antara pukul 11.04 pagi hingga 1.45 petang dengan menggunakan peralatan bersesuaian seperti penuras cahaya matahari yang sesuai demi keselamatan mata.
Umat Islam digalakkan untuk menunaikan solat sunat gerhana semasa fenomena gerhana tersebut berlaku.
Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd. Adnan hadir pada sesi cerapan itu berlangsung dengan menyaksikan fenomena itu menggunakan teleskop khas.
Cerapan itu turut disertai agensi lain seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem).
Malaysia mengalami gerhana matahari separa bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan orang ramai di negeri lain juga berpeluang menyaksikan fenomena itu bermula pukul 11 pagi hingga selewat-lewatnya pukul 2 petang bagi pemerhati di Sabah, manakala ia akan tamat lebih awal iaitu sekitar 1 tengah hari bagi pemerhati di Semenanjung.
Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi.
Sumber: Utusan