Connect with us

Terkini

AUKU sudah dipinda tujuh kali, tidak bersifat radikal

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak bersifat radikal kerana ia sudah menjalani pindaan rang undang-undang tujuh kali sejak 1971 hingga 2019.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

AUKU sudah dipinda tujuh kali, tidak bersifat radikal
Foto: Exco Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin.
  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak bersifat radikal kerana ia sudah menjalani pindaan rang undang-undang tujuh kali sejak 1971 hingga 2019.
  • “Kalau kita baru satu kali nak pinda mungkin boleh kata ini sebagai satu yang radikal tapi dah tujuh kali kita buat”. – Exco Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin. 
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di Facebook beliau yang menyarankan majoriti mahasiswa yang menolak pindaan AUKU untuk pergi melanjutkan pengajian tinggi ke negara China atau Taiwan.

BANGI – Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak bersifat radikal kerana ia sudah menjalani pindaan rang undang-undang tujuh kali sejak 1971 hingga 2019.

Exco Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin berkata, berdasarkan fakta itu, beliau tidak bersetuju sekiranya AUKU disifatkan sedemikian.

“Kalau kita baru satu kali nak pinda mungkin boleh kata ini sebagai satu yang radikal tapi dah tujuh kali kita buat.

Foto: Exco Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin dalam sidang media di hadapan Auditorium Siswa, UKM Bangi hari ini.

“Mungkin itu satu teguran atau sinis kepada mereka yang melihat pindaan AUKU ini sebagai satu yang sangat radikal,” katanya kepada The Merdeka Times dalam sidang media Diskusi AUKU: Apakah Pengakhirannya? di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah di Facebook beliau yang menyarankan majoriti mahasiswa yang menolak pindaan AUKU untuk pergi melanjutkan pengajian tinggi ke negara China atau Taiwan.

Sementara itu, Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga panel diskusi itu berkata beliau bernasib baik kerana pernah diberikan peluang bekerjasama dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Apa yang berlaku di UiTM, saya tidak menyerang Datuk Seri Khaled Nordin kerana saya faham kadangkala pendirian kerajaan kabinet itu dah ditetapkan tetapi di universiti masih ada keresahan dan kegagalan untuk melaksanakan prinsip yang telah pun dibincangkan,” katanya.

Syed Saddiq berharap lebih banyak penganjuran forum-forum sebegini akan diadakan pada masa hadapan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi salah seorang panel jemputan bagi Diskusi Auku: Apakah Pengakhirannya?

Foto: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi salah seorang panel jemputan bagi Diskusi Auku: Apakah Pengakhirannya?

“Saya kenal beliau sebagai pemimpin yang sangat terbuka ketika itu saya berada dalam pembangkang, lantang bersuara tetapi dia merupakan salah seorang pemimpin yang tidak buang saya,” katanya.

Beliau berkata Khaled tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana menyedari Malaysia hanya boleh maju, jika ahli politik berani mendengar pandangan semua pihak.

“If you want Undi18 to be successful, mahasiswa yang cakna tentang isu-isu semasa, kisahkan tentang masa depan negara, maka jangan kita butakan, pekakkan, bisukan, mata mulut telinga mereka kepada isu-isu negara.

“Mereka harus dilibatkan dan diberikan keutamaan dalam proses pembangunan negara,” katanya.

Khaled pada 6 April lalu berkata KPT sedang dalam peringkat akhir merangka pindaan yang perlu dibuat kepada Seksyen 15 dan 16 AUKU pada sesi townhall akta itu di Putrajaya.

Draf pindaan AUKU akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada pertengahan Jun depan untuk kelulusan dan kemudian dibentangkan kepada Kabinet di mana input kementerian lain akan dipertimbang, sebelum rang undang-undang pindaan itu akan dibentangkan di Parlimen menjelang akhir tahun ini.

Tidak lama lagi mahasiswa di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bakal mempunyai autonomi penuh bagi menjalankan aktiviti mereka, termasuk menguruskan kewangan kesatuan pelajar atau majlis perwakilan pelajar (MPP). – The Merdeka Times

Author