Terkini
30 Rakyat Malaysia selamat tiba di Jeddah dari Sudan
Seramai 194 rakyat pelbagai negara termasuk dari Malaysia selamat tiba di Jeddah dengan selamat dari Pelabuhan Sudan menggunakan kapal tentera laut Arab Saudi, menurut kenyataan terbaru Kementerian Luar Arab Saudi.
- Seramai 194 rakyat pelbagai negara termasuk dari Malaysia selamat tiba di Jeddah dengan selamat dari Pelabuhan Sudan menggunakan kapal tentera laut Arab Saudi, menurut kenyataan terbaru Kementerian Luar Arab Saudi.
- Mereka dibawa keluar dari Sudan yang sedang berdepan dengan pergolakan perebutan kuasa menggunakan kapal tentera H M S Abha.
KUALA LUMPUR: Seramai 194 rakyat pelbagai negara termasuk dari Malaysia selamat tiba di Jeddah dengan selamat dari Pelabuhan Sudan menggunakan kapal tentera laut Arab Saudi, menurut kenyataan terbaru Kementerian Luar Arab Saudi.
Mereka dibawa keluar dari Sudan yang sedang berdepan dengan pergolakan perebutan kuasa menggunakan kapal tentera H M S Abha.
Setakat ini, menurut kenyataan itu, kerajaan Arab Saudi sudah membantu mengeluarkan seramai 2,351 orang daripada pelbagai negara membabitkan 119 rakyat negara itu dan 2,232 rakyat daripada 67 negara.
Arab Saudi menerima beberapa pusingan pemindahan melalui udara dan laut sejak pertempuran meletus di negara ketiga terbesar di Afrika itu pada 15 April, sebahagian daripada apa yang disifatkan penganalisis sebagai usaha untuk meletakkan sebagai pemain utama dalam bertindak balas kepada krisis serantau.
Sumber: Berita Harian