Antarabangsa
20 pelajar perempuan Iran diracun
20 pelajar sekolah Iran dimasukkan ke hospital pada Selasa selepas serangan racun misteri terbaharu di Tabriz, ibu kota wilayah barat laut Azerbaijan Timur, lapor agensi berita IRNA.

- 20 pelajar sekolah Iran dimasukkan ke hospital pada Selasa selepas serangan racun misteri terbaharu di Tabriz, ibu kota wilayah barat laut Azerbaijan Timur.
- Pelajar perempuan itu dirawat selepas mengalami sesak nafas.
- “Pasukan perubatan segera dihantar ke tempat kejadian selepas laporan bahawa sejumlah pelajar dari salah sebuah sekolah menengah perempuan di Tabriz berada dalam keadaan teruk,” – Pegawai Asghar Jafari.
- Dalam gelombang kes sejak akhir November, lebih 5,000 pelajar mengalami pengsan, loya, sesak nafas dan gejala lain selepas melaporkan bau tidak menyenangkan, sesetengah memerlukan rawatan hospital.
Tehran: 20 pelajar sekolah Iran dimasukkan ke hospital pada Selasa selepas serangan racun misteri terbaharu di Tabriz, ibu kota wilayah barat laut Azerbaijan Timur, lapor agensi berita IRNA.
Pelajar perempuan itu dirawat selepas mengalami sesak nafas.
“Pasukan perubatan segera dihantar ke tempat kejadian selepas laporan bahawa sejumlah pelajar dari salah sebuah sekolah menengah perempuan di Tabriz berada dalam keadaan teruk,” kata Pegawai Asghar Jafari.
Dalam gelombang kes sejak akhir November, lebih 5,000 pelajar mengalami pengsan, loya, sesak nafas dan gejala lain selepas melaporkan bau yang “tidak menyenangkan”, dengan sesetengahnya memerlukan rawatan hospital.
Serangan yang tidak dapat dijelaskan di kira-kira 230 sekolah mencetuskan ketakutan dan kemarahan dalam kalangan murid dan ibu bapa mereka.
Pada awal Mac, Iran mengumumkan lebih daripada 100 penangkapan berhubung keracunan itu, mendakwa bahawa pelaku yang tidak dikenali mungkin mempunyai kaitan dengan kumpulan “bermusuhan”.
Pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei menyeru agar pelaku “jenayah yang tidak dapat dimaafkan” dikesan “tanpa belas kasihan.
“Keracunan bermula dua bulan selepas protes yang mencengkam Iran berikutan kematian Mahsa Amini yang berusia 22 tahun pada 16 September, yang ditangkap atas dakwaan melanggar peraturan pakaian wanita.
Sekolah di 25 daripada 31 wilayah Iran telah menjadi sasaran dalam serangan itu, kata pengiraan rasmi terkini.
Sumber: Harian Metro
