Antarabangsa
Wanita muda Afghanistan dilatih jadi bidan berkhidmat di kampung terpencil
Wanita muda di Afghanistan dihantar untuk menjalani latihan perbidanan bagi membantu proses kelahiran di kawasan kampung yang terhad akses perubatannya.
- Wanita muda di Afghanistan dihantar untuk menjalani latihan perbidanan bagi membantu proses kelahiran di kawasan kampung yang terhad akses perubatannya.
- Mereka akan menjalani latihan selama dua tahun di ibu kota Afghanistan.
- Program bidan pelatih diterajui agensi pelarian PBB (UNHCR) serta sebuah badan amal tempatan, Persatuan Perkhidmatan Sosial dan Teknikal Watan.
- Kadar kematian ibu dan bayi di Afghanistan dilaporkan sangat tinggi dan antara yang paling teruk di dunia.
Wanita muda di Afghanistan dihantar untuk menjalani latihan perbidanan bagi membantu proses kelahiran di kawasan kampung yang terhad akses perubatannya.
Sebuah perkampungan kecil di wilayah Bamiyan antara yang menghantar 40 wanita muda untuk menjalani latihan itu di ibu kota Afghanistan selama dua tahun.
Program bidan pelatih itu diterajui agensi pelarian PBB (UNHCR) serta sebuah badan amal tempatan, Persatuan Perkhidmatan Sosial dan Teknikal Watan.
AlJazeera melaporkan mereka berharap untuk memperluaskan program itu ke wilayah lain.
Inisiatif itu memberi sinar harapan buat ibu-ibu mengandung di kawasan itu memandangkan kesukaran akses kepada perubatan mengakibatkan ramai dari mereka terpaksa bersalin dalam keadaan tidak selamat.
Kadar kematian ibu dan bayi di Afghanistan dilaporkan sangat tinggi dan antara paling teruk di dunia.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan seorang wanita Afghanistan meninggal dunia setiap dua jam ketika mengandung atau bersalin, menjadikan kadar kematian ibu Afghanistan tertinggi di Asia.
Sejak mengambil alih pada 2021, pihak berkuasa Taliban menghalang wanita daripada akses universiti dan pekerjaan amal tetapi mereka membuat pengecualian dalam sektor penjagaan kesihatan.
UNHCR berkata pihak berkuasa kesihatan tempatan juga menyokong projek latihan perbidanan itu.
Sumber: Aljazeera