Connect with us

Terkini

Tolak sebarang diskriminasi anak luar nikah

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menolak sebarang amalan diskriminasi terhadap kanak-kanak luar nikah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tolak sebarang diskriminasi anak luar nikah
Foto: Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu.
  • Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, kanak-kanak merupakan permata negara yang perlu dilindungi, dikasihi dan disayangi selari dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.
  • “Ketika ini, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai 18 buah institusi kanak-kanak iaitu 16 buah Rumah Kanak-Kanak.”
  • “Memberi perkhidmatan pemeliharaan dan perlindungan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah usia 18 tahun termasuk bayi dan kanak-kanak yang tidak sah taraf,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini bagi menjawab soalan Dr. Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) adakah kerajaan bercadang mewujudkan pusat jagaan khas anak luar nikah di seluruh negara. 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menolak sebarang amalan diskriminasi terhadap kanak-kanak luar nikah.

Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, kanak-kanak merupakan permata negara yang perlu dilindungi, dikasihi dan disayangi selari dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

“Ketika ini, KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai 18 buah institusi kanak-kanak iaitu 16 buah Rumah Kanak-Kanak.

“Memberi perkhidmatan pemeliharaan dan perlindungan kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah usia 18 tahun termasuk bayi dan kanak-kanak yang tidak sah taraf,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr. Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) adakah kerajaan bercadang mewujudkan pusat jagaan khas anak luar nikah di seluruh negara. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *