Connect with us

Terkini

SSPN : Rakyat resah, kerajaan setuju lanjut pelepasan cukai sehingga RM8,000 – PM

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga 2024.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

SSPN : Rakyat resah, kerajaan setuju lanjut pelepasan cukai sehingga RM8,000 - PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diberikan setelah mendengar keresahan yang disuarakan dan teguran kepada kerajaan.
  • “Maka, saya bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih dalam SSPN sehingga 2024,” katanya.
  • “Cadangan tersebut melibatkan kehilangan hasil kerajaan sekitar RM250 juta setahun dan bakal memanfaatkan lebih 400,000 pembayar cukai.”
  • “Jumlah ini bukan jumlah B40. Ia melibatkan jumlah individu yang berpendapatan lebih sederhana kerana pembiayaan pendidikan kini meningkat dan sebab itu kita beri kelonggaran ini,” tambahnya. 

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diberikan setelah mendengar keresahan yang disuarakan dan teguran kepada kerajaan.

“Maka, saya bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih dalam SSPN sehingga 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 buat bacaan kali kedua di Dewan Negara, di sini hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, cadangan tersebut melibatkan kehilangan hasil kerajaan sekitar RM250 juta setahun dan bakal memanfaatkan lebih 400,000 pembayar cukai.

“Jumlah ini bukan jumlah B40. Ia melibatkan jumlah individu yang berpendapatan lebih sederhana kerana pembiayaan pendidikan kini meningkat dan sebab itu kita beri kelonggaran ini,” tambahnya. 

Sumber: Kosmo

Author