Connect with us

Terkini

Polis terima dua laporan kes ugutan kru penerbitan filem ‘Mentega Terbang’

Polis menerima dua laporan berkaitan kes jenayah khianat harta benda dan ugutan jenayah daripada dua kru penerbitan filem ‘Mentega Terbang’ semalam. 

Wartawan TMT

Published

on

Polis terima dua laporan kes ugutan kru penerbitan filem ‘Mentega Terbang’
Foto: Kereta pengarah dan penulis skrip filem ‘Mentega Terbang’ disimbah cat serta nota ugutan.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata seorang daripada kru itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang selepas keretanya jenis Proton Saga disimbah cat serta menjumpai helaian kertas nota tulisan berunsur ugutan jenayah terhadap nyawanya di tempat letak kereta di Taman Dagang Jaya, Ampang, di sini pada 6.30 pagi.
  • Hussein dalam kenyataan hari ini berkata, seorang lagi kru filem berkenaan membuat laporan polis di IPD Kajang pada 7 pagi selepas pengadu mendakwa kenderaannya telah dibaling dengan plastik lutsinar berisi cecair cat pada 3.15 pagi.
  • “Turut ditemukan satu sampul surat warna putih yang ditulis perkataan berunsur ugutan jenayah terhadap nyawa pengadu,” katanya.
  • Menurut Hussein, mangsa turut menerima mesej melalui telefon yang berunsur ugutan jenayah terhadap diri dan keluarganya.
  • Hussein berkata, susulan dua laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya dan IPD Kajang telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507/427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah.

KUALA LUMPUR: Polis menerima dua laporan berkaitan kes jenayah khianat harta benda dan ugutan jenayah daripada dua kru penerbitan filem ‘Mentega Terbang’ semalam. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata seorang daripada kru itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang selepas keretanya jenis Proton Saga disimbah cat serta menjumpai helaian kertas nota tulisan berunsur ugutan jenayah terhadap nyawanya di tempat letak kereta di Taman Dagang Jaya, Ampang, di sini pada 6.30 pagi.

Hussein dalam kenyataan hari ini berkata, seorang lagi kru filem berkenaan membuat laporan polis di IPD Kajang pada 7 pagi selepas pengadu mendakwa kenderaannya telah dibaling dengan plastik lutsinar berisi cecair cat pada 3.15 pagi.

“Turut ditemukan satu sampul surat warna putih yang ditulis perkataan berunsur ugutan jenayah terhadap nyawa pengadu,” katanya.

Menurut Hussein, mangsa turut menerima mesej melalui telefon yang berunsur ugutan jenayah terhadap diri dan keluarganya.

Hussein berkata, susulan dua laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya dan IPD Kajang telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507/427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan ugutan jenayah.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan negara. Polis mengambil serius kejadian ini dan akan menyiasat sehingga mereka yang terlibat ditahan dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berhubung dengan kedua-dua kejadian itu agar tampil membantu pihak polis.

“Mereka boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes ini iaitu Inspektor Mu’az Mazlan menerusi talian 017-9788804 IPD Kajang dan Insp Alif 018-9834211 IPD Ampang bagi membantu siasatan,” katanya.

Pada Rabu lepas, polis selesai mengambil keterangan penerbit dan enam pelakon berhubung kes filem berkenaan.

Filem ‘Mentega Terbang’ yang disiarkan secara percuma di platform penstriman digital, mendapat bantahan umat Islam di negara ini kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tahanan rakyat Palestin Tebing Barat meningkat daripada 5,200 kepada 9,500 tahanan

Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.
  • Al Jazeera melaporkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding jumlah 5,200 penduduk Tebing Barat dipenjarakan sebelum insiden Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.
  • Rakyat Palestin dilapor ditangkap kerana tindakan tidak berbahaya seperti menaikkan bendera Palestin atau siaran media sosial menyatakan empati terhadap mangsa serangan di Gaza.
  • Ramai ditahan di bawah “penahanan pentadbiran” (administrative detention), satu langkah digunakan Israel yang diwarisi daripada penjajah British yang menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau proses perundangan selama-lamanya.
  • Rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tidak dikongsi maklumat berkenaan situasi mereka, tidak diperjelaskan tuduhan ke atas mereka atau ‘bukti’ yang mengaitkan mereka.

Sekurang-kurangnya 9,500 rakyat Palestin dari Tebing Barat yang diduduki kini berada dalam tahanan, kata pemantau tempatan.

Al Jazeera melaporkan jumlah itu menunjukkan peningkatan mendadak berbanding jumlah 5,200 penduduk Tebing Barat dipenjarakan sebelum insiden Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.

Rakyat Palestin dilapor ditangkap kerana tindakan tidak berbahaya seperti menaikkan bendera Palestin atau siaran media sosial menyatakan empati terhadap mangsa serangan di Gaza.

Ramai ditahan di bawah “penahanan pentadbiran” (administrative detention), satu langkah digunakan Israel yang diwarisi daripada penjajah British yang menahan rakyat Palestin tanpa tuduhan atau proses perundangan selama-lamanya.

Rakyat Palestin dalam tahanan pentadbiran tidak dikongsi maklumat berkenaan situasi mereka, tidak diperjelaskan tuduhan ke atas mereka atau ‘bukti’ yang mengaitkan mereka.

Mereka yang ditangkap dan ditahan semula selepas 7 Oktober tahun lalu dikenakan layanan lebih tidak berperikemanusiaan daripada apa yang dihadapi penduduk Palestin di penjara Israel pada masa lalu.

Warga Palestin yang pernah ditahan di bawah tahanan pentadbiran, Nada, 24, memberitahu Al Jazeera pengalamannya.

Beliau berdepan situasi sama teruk dalam penahanan kali keduanya. Matanya ditutup untuk tempoh yang lama setiap hari, dihalang daripada ke tandas atau mandi oleh pengawal yang akan bertindak menghinanya, dan memberikan gelaran kepadanya seperti “anjing”.

“Mereka tidak melayan kamu seperti manusia di dalam penjara. Mereka melayan kamu seperti haiwan,” kata Nada. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending