Connect with us

Antarabangsa

Polis India biarkan masjid dan orang Islam diserang pelampau Hindutva

Sebuah rakaman video menunjukkan ahli Hindu Mahasabha mengancam untuk memindahkan tempat keagamaan orang Islam di Chhatarpur tersebar luas dalam media sosial.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Polis India biarkan masjid dan orang Islam diserang pelampau Hindutva
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan individu dapat dilihat menyampaikan ucapan kebencian di mana seorang di antara mereka berkata akan memastikan apabila sebuah negara Hindu ditubuhkan, negara itu akan menyingkirkan semua tempat suci orang Islam.
  • Seorang wanita menggesa pelampau Hindu untuk melakukan pembunuhan terhadap Muslim.
  • Ahli Vishwa Hindu Parishad dan Bajrang Dal menyerang sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan. 
  • Sekumpulan lelaki menyerang masjid itu menggunakan kayu dan batu bata, menghancurkan alatan yang digunakan, dan membuat protes di jalanan.
  • Pihak polis dilihat hanya berdiri dan tidak melakukan apa-apa semasa tunjuk perasaan itu berlangsung. 

MADHYA PRADESH – Sebuah rakaman video menunjukkan ahli Hindu Mahasabha mengancam untuk memindahkan tempat keagamaan orang Islam di Chhatarpur tersebar luas dalam media sosial.

Dalam video itu, sekumpulan individu dapat dilihat menyampaikan ucapan kebencian di mana seorang di antara mereka berkata dirinya akan memastikan apabila sebuah negara Hindu ditubuhkan, negara itu akan menyingkirkan semua tempat suci orang Islam.

Seorang wanita pula menyampaikan ucapan bersifat Islamofobia dan perkauman, yang menyamakan orang Islam dengan banduan keganasan Ajmal Kasab yang dijatuhkan hukuman mati. Dia turut meminta darah umat Islam mengalir seperti Ajmal Kasab dan menggesa pelampau Hindu untuk melakukan pembunuhan terhadap Muslim.

Ketika ahli Hindu Mahasabha menghadkan diri mereka dengan mencetuskan sentimen anti-Islam, ahli Vishwa Hindu Parishad dan Bajrang Dal pula menyerang sebuah masjid yang sedang dalam pembinaan. 

Ucapan kebencian, komen provokatif, penyebaran maklumat palsu dan anti-Islam yang disampaikan ahli Hindu Mahasabha dibuat secara bebas tanpa menyembunyikan mesej keganasan yang mereka promosikan dan menghasut penduduk Hindu untuk menyingkirkan orang Islam bagi penubuhan negara Hindu.

Rakaman video itu menunjukkan sekumpulan lelaki menyerang masjid itu menggunakan kayu dan batu bata, menghancurkan alatan yang digunakan, dan membuat protes di jalanan. Walaupun itu merupakan protes yang tidak aman, pihak polis dilihat hanya berdiri dan tidak melakukan apa-apa semasa tunjuk perasaan tersebut berlangsung. Kumpulan itu menjerit “Jai Shree Ram” ketika mereka merosakkan masjid di hadapan pihak polis.

Pihak Polis Banda pada pagi 16 Februari mengeluarkan kenyataan yang menyatakan pihaknya akan menyiasat perbuatan terlarang yang berlaku di masjid dibina itu, namun tiada ulasan dibuat mengenai keganasan dilakukan semasa protes VHP dan Bajrang Dal.

Hal itu menunjukkan selain berdiam diri semasa keganasan berlaku, pihak polis turut berpihak kepada Hindutva dalam kenyataan mereka mengenai siasatan.

Sumber: Citizens for Justice and Peace

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *