Connect with us

Terkini

Lawatan ke rumah ibadat agama lain hanya dibenar dalam acara bukan ritual sahaja – DHPP

Semua bentuk hubungan, keterlibatan atau lawatan (ke rumah ibadat) antara umat Islam dengan bukan Islam hanya terhad dalam perkara-perkara bukan ritual atau keagamaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Lawatan ke rumah ibadat agama lain hanya dibenar dalam acara bukan ritual sahaja – DHPP
Foto: Senator, Balasubramaniam Nachiappan.
  • Semua bentuk hubungan, keterlibatan atau lawatan (ke rumah ibadat) antara umat Islam dengan bukan Islam hanya dibenarkan dalam perkara-perkara bukan keagamaan.
  • Sebaliknya, membuka penyertaan ke program-program sedemikian rupa tanpa dikenakan syarat adalah tidak dibenarkan.
  • “DHPP akur tentang kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan larangan tegas yang ditetapkan oleh undang-undang terhadap penyebaran Agama Bukan Islam dalam kalangan orang Islam,” kata Ketua Ketua Dewan Himpunan Pendukung Parti Islam Se-Malaysia (DHPP), Senator Balasubramaniam Nachiappan .
  • Tegasnya, PAS tidak melarang anggotanya daripada mengamalkan agama dan budaya yang dianuti, bahkan tiada paksaan untuk memeluk agama Islam. 

KUALA LUMPUR – Semua bentuk hubungan, keterlibatan atau lawatan (ke rumah ibadat) antara umat Islam dengan bukan Islam hanya terhad dalam perkara-perkara bukan ritual atau keagamaan.

Sebaliknya, membuka penyertaan ke program-program sedemikian rupa tanpa dikenakan syarat adalah tidak dibenarkan.

Itu pandangan Ketua Dewan Himpunan Pendukung Parti Islam Se-Malaysia (DHPP), Senator Balasubramaniam Nachiappan berhubung kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam bahawa program Jom Ziarah Gereja anjuran Impact Malaysia, agensi di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), tidak wajar diteruskan.

Katanya, segala usaha mesti dibuat bagi memastikan syarat-syarat itu dipatuhi untuk mengelakkan sebarang masalah.

“Kami melihat bahawa program berbentuk kefahaman dan nilai-nilai toleransi antara agama yang ingin dilaksanakan ini pada dasarnya adalah baik, namun perlu mengambil kira garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“DHPP akur tentang kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan larangan tegas yang ditetapkan oleh undang-undang terhadap penyebaran Agama Bukan Islam dalam kalangan orang Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Balasubramanian berkata PAS merupakan parti yang sangat bertoleransi dengan semua agama dan bangsa, malah sangat menghormati anggota bukan beragama Islam.

Katanya, parti itu tidak melarang anggotanya daripada mengamalkan agama dan budaya dianuti, bahkan tiada paksaan untuk memeluk agama Islam. 

“Malah, pimpinan PAS turut sama menziarahi gereja dan kuil, namun ianya mestilah tidak melibatkan perkara-perkara yang boleh menjejaskan hubungan masyarakat yang berbilang kaum dan agama,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta agar isu program “Jom Ziarah Gereja” di Klang, Selangor dijadualkan esok, diselesaikan dengan cara berhemah dan harmoni. 

“Dalam membina keharmonian masyarakat Malaysia, perkara yang sensitif berkaitan dengan agama perlulah diteliti dengan sebaiknya,” katanya.

The Merdeka Times hari ini melaporkan perbezaan hukum dikongsikan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor terhadap umat Islam yang mendedahkan diri ke rumah ibadat agama lain.

Wan Salim menasihati umat Islam agar mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan itu kerana ia dikhuatiri boleh mendatangkan dosa atau menjejaskan iman mereka.

Katanya, tidak diharuskan atau haram bagi seorang Muslim yang memasuki gereja tanpa sebarang keperluan tambahan lagi apabila individu itu kurang mantap keimanannya terhadap agama Islam. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *