Connect with us

Terkini

Larangan ke gereja adalah manifestasi disiplin Islam

Larangan ke gereja atau rumah ibadat agama lain bukanlah satu manifestasi kebencian terhadap Kristian dan agama lain.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Larangan ke gereja adalah manifestasi disiplin Islam
Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya.
  • Larangan ke gereja atau rumah ibadat agama lain bukanlah satu manifestasi kebencian terhadap Kristian dan agama lain.
  • Ia merupakan satu disiplin dalam agama Islam yang wajar diperhalusi hukumnya mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
  • Larangan itu sama seperti orang yang beragama Hindu di Malaysia melarang makan daging. 
  • “Umar Al Khattab.. menyatakan.. umat Islam tidak memasuki gereja kerana patung-patung dan gambar-gambar..,” – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya 
  • Buktinya, larangan masuk ke gereja tidak bermaksud anti keharmonian antara agama.

KUALA LUMPUR – Larangan ke gereja atau rumah ibadat agama lain bukanlah satu manifestasi kebencian terhadap Kristian dan agama lain.

Sebaliknya, ia merupakan satu disiplin dalam agama Islam yang wajar diperhalusi hukumnya mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya , Umar Al Khattab  pernah menyatakan umat Islam tidak memasuki gereja kerana patung-patung dan gambar-gambar di dalamnya.

“Tetapi ketika pembukaan Al Quds, Umar Al Khattab memerintah supaya gereja dan rumah ibadat non-Muslim tidak diganggu,” katanya dalam satu kenyataan Facebook minggu ini.

Hal ini membuktikan bahawa larangan masuk ke gereja tidak bermaksud anti keharmonian antara agama.

Malah, beliau sendiri pernah lawati beberapa rumah ibadat agama lain.

“Saya sendiri pernah lawati gereja, Sinagog (kuil yahudi) dan kuil buddha di Australia dan Jepun beberapa tahun lalu. 

“Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada program pertukaran pemimpin muda “Cultural Exchange Program”.

“Cuma yang menjadi polemik kali ini adalah cara YB Syed Saddiq respon kepada isu program “Jom Lawat Gereja”; pada saya agak ekstrem,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Kangar itu juga mempersoalkan keperluan mempromosi 100,000 ahli Muda untuk menziarahi rumah ibadat bukan Islam.

“Sepatutnya, YB promosi anak muda ke masjid-masjid untuk solat berjamaah yang pahalanya 25 kali ganda dari solat sendirian. 

“Di samping mengimarah masjid; silaturrahim juga terjalin. Serulah non-Muslim buat lawatan ke masjid agar mereka melihat kebaikan Islam dan mempelajari nilai-nilainya,” katanya.

Tambahnya, banyak lagi cara mempromosikan keharmonian antara agama yang diajar Islam.

Presiden Muda Syed Saddiq Abdul Rahman sebelum ini tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan kerajaan Selangor berkaitan isu melarang sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain.

Ahli Parlimen Muar itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berhubung perkara tersebut. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Dr. Fathul Bari

Author