Connect with us

Terkini

KWSP bersasar : Pencarum jalan kaki beratus meter tanda protes, kerajaan gagal faham kesusahan rakyat – Wan Saiful

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan pelik dengan sikap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya masih gagal memahami kesusahan rakyat terdesak untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KWSP bersasar : Pencarum jalan kaki beratus meter tanda protes, kerajaan gagal faham kesusahan rakyat - Wan Saiful
Foto: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.
  • Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Datuk Wan Saiful Wan Jan pelik dengan sikap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya masih gagal fahami kesusahan rakyat terdesak untuk keluarkan caruman KWSP secara bersasar. 
  • Katanya, ada pencarum terpaksa berjalan kaki beratus-ratus kilometer semata-mata untuk menarik perhatian mereka terhadap derita yang dihadapi. 
  • “Saya sedih kerana kerajaan kayangan PH-UMNO tidak mengendahkan derita rakyat sehingga saudara Norazlan Ismail, seorang rakyat marhaen sanggup berjalan beratus kilometer untuk menarik perhatian kerajaan. 
  • “Saya menyokong rayuan agar pengeluaran KWSP bersasar dibenarkan. Saya tidak faham kenapa PH-UMNO terus gagal memahami kesusahan rakyat marhaen dan amat antirakyat sehingga ada yang terpaksa tunjuk perasaan macam ni. 
  • “Berjalan kaki ini adalah lambang betapa rakyat terdesak. Apa lagi PH-UMNO mahu? Hendak sampai ada yang bercerai-berai dan keluarga hancur sebab tak mampu hidup?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan pelik dengan sikap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya masih gagal memahami kesusahan rakyat terdesak untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar. 

Katanya, ada pencarum yang terpaksa berjalan kaki beratus-ratus kilometer semata-mata untuk menarik perhatian mereka terhadap derita yang dihadapi. 

“Saya sedih kerana kerajaan kayangan Pakatan Harapan (PH)-UMNO tidak mengendahkan derita rakyat sehingga saudara Norazlan Ismail, seorang rakyat marhaen sanggup berjalan beratus kilometer untuk menarik perhatian kerajaan. 

“Saya menyokong rayuan agar pengeluaran KWSP bersasar dibenarkan. Saya tidak faham kenapa PH-UMNO terus gagal memahami kesusahan rakyat marhaen dan amat antirakyat sehingga ada yang terpaksa tunjuk perasaan macam ni. 

“Berjalan kaki ini adalah lambang betapa rakyat terdesak. Apa lagi PH-UMNO mahu? Hendak sampai ada yang bercerai-berai dan keluarga hancur sebab tak mampu hidup?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Semalam, seorang pencarum dilaporkan sanggup berjalan kaki dari Tol Skudai menuju ke Istana Negara bagi membawa misi pengeluaran caruman KWSP. 

Menurut pemandu teksi, Norazlan Ismail, 49, misi itu dilaksanakan supaya kepayahannya disedari pihak atasan kerajaan terutama Perdana Menteri dengan pengeluaran itu juga mungkin boleh selamatkan rumah tangga dan keluarganya. 

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, beliau sudah mengarahkan pegawainya untuk mengenal pasti lokasi Norazlan agar dapat memastikannya dalam keadaan sihat dan selamat. 

“Selain itu, Alhamdulillah saya juga telah berjaya dapatkan ruang untuk membolehkan rintihannya disampaikan terus ke Istana Negara apabila sampai ke Kuala Lumpur nanti,” kongsinya. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *