Connect with us

Terkini

Kos bantuan kewangan haji terus meningkat, TH bakal terkesan – Menteri Agama

Jika bayaran haji tidak disemak, Lembaga Tabung Haji (TH) tidak menolak kemungkinan kos bantuan kewangan haji akan meningkat kepada RM 500 juta pada tahun hadapan berbanding RM 185 juta pada tahun 2022.

Hidayah Sani

Published

on

Kos bantuan kewangan haji terus meningkat, TH bakal terkesan - Menteri Agama
Foto: Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • “TH menjangka jumlah bantuan kewangan haji akan meningkat dari RM185 juta pada 2022 kepada RM400 juta pada 2023.
  • “Jumlah ini dijangka terus meningkat kepada hampir RM500 juta pada tahun 2024 sekiranya bayaran haji tidak disemak sekali gus memberi kesan kepada Tabung Haji yang perlu memberi agihan keuntungan yang berpatutan kepada pendepositnya.”
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata demikian di Dewan Rakyat, hari ini menjawab soalan Datuk Ahmad Saad@Yahaya yang meminta Perdana Menteri menyatakan asas pertimbangan kerajaan meletakkan kos perbelanjaan jemaah haji berdasarkan kategori pendapatan B40, M40 dan T20.
  • TH akan mengambil kira cadangan mewujudkan tabung wakaf haji dengan melaksanakan kajian mengenainya terlebih dahulu bagi pemberian bantuan kewangan kepada bakal jemaah.

KUALA LUMPUR – Jika bayaran haji tidak disemak, Lembaga Tabung Haji (TH) tidak menolak kemungkinan kos bantuan kewangan haji akan meningkat kepada RM 500 juta pada tahun hadapan berbanding RM 185 juta pada tahun 2022.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, situasi itu akan memberikan kesan kepada institusi yang perlu memberi agihan keuntungan kepada pendeposit.

“TH menjangka jumlah bantuan kewangan haji akan meningkat dari RM185 juta pada 2022 kepada RM400 juta pada 2023.

“Jumlah ini dijangka terus meningkat kepada hampir RM500 juta pada tahun 2024 sekiranya bayaran haji tidak disemak sekali gus memberi kesan kepada Tabung Haji yang perlu memberi agihan keuntungan yang berpatutan kepada pendepositnya,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri (MQT), di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) yang meminta Perdana Menteri menyatakan asas pertimbangan kerajaan meletakkan kos perbelanjaan jemaah haji berdasarkan kategori pendapatan B40, M40 dan T20.

Dalam pada itu, Na’im berkata TH akan mengambil kira cadangan mewujudkan tabung wakaf haji dengan melaksanakan kajian mengenainya terlebih dahulu bagi pemberian bantuan kewangan kepada bakal jemaah.

Semalam, Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata perlu ada perbincangan dari pihak terkait berkenaan pemberian bantuan kewangan haji dan kesannya yang menyebabkan tempoh menunggu bakal haji menjadi lama hingga melebihi 135 tahun.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin sebelum ini dilaporkan berkata peningkatan berterusan bantuan kewangan haji pada setiap tahun akan memberi impak negatif kepada agihan keuntungan TH pada masa hadapan. — The Merdeka Times

Sumber: Youtube Parlimen Malaysia

Author

Terkini

Polis tahan lelaki Israel, rampas enam pistol – Ketua Polis Negara

Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu yang menggunakan pasport Perancis memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.
  • “Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.
  • Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan, di mana kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.
  • Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

KUALA LUMPUR — Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga Israel yang menggunakan pasport Perancis dan merampas enam pucuk pistol.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata ketika disoal siasat polis suspek berusia 36 tahun itu memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang untuk dibunuh.

“Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel,” katanya dipetik Malaysiakini pada sidang akhbar di di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek memasuki negara ini pada 12 Mac lalu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis juga mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api.

“Dia (suspek) duduk di dua, tiga hotel sebelum ini. Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel.

“Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.

“Mungkin dia ada agenda lain yang dia datang sini bermula 12 Mac lalu sehingga tertangkap,” kata Razarudin.

Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

“Kita siasat ke arah itu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending