Connect with us

Terkini

Kebebasan bersuara tidak bermaksud boleh sebar fitnah – Nie Ching

Timbalan Menteri Komunikasi dan Media, Teo Nie Ching berkata, setiap tindakan menerusi media sosial perlu berpandukan undang-undang. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kebebasan bersuara tidak bermaksud boleh sebar fitnah – Nie Ching
Foto: Timbalan Menteri Komunikasi dan Media, Teo Nie Ching.
  • Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588 tidak pernah mengehadkan kebebasan bersuara seperti mana termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan selagi mana penggunaan media elektronik tidak melanggar peruntukan di bawah Akta 588 khususnya di bawah Seksyen 211 dan 233. – Timbalan Menteri Komunikasi dan Media, Teo Nie Ching 
  • “Kementerian Komunikasi dan Digital berpendirian bahawa setiap individu mempunyai kebebasan bersuara dalam politik untuk menyatakan pandangan dan kritikan namun harus berpegang pada peruntukan undang-undang dan tidak melanggar norma budaya masyarakat negara ini.”
  • “Kebebasan bersuara tidak bermaksud seseorang individu boleh membuat tomahan, fitnah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap institusi raja mahupun memperlekeh agama atau berbaur perkauman,” katanya semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak pernah menghalang kebebasan bersuara untuk mana-mana individu namun ia tidak boleh disalah erti sebagai medium menyebarkan tomahan atau fitnah. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Media, Teo Nie Ching berkata, setiap tindakan menerusi media sosial perlu berpandukan undang-undang dalam negara. 

“Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588 tidak pernah mengehadkan kebebasan bersuara seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan selagi mana penggunaan media elektronik tidak melanggar peruntukan di bawah Akta 588 khususnya di bawah Seksyen 211 dan 233. 

“Kementerian Komunikasi dan Digital berpendirian bahawa setiap individu mempunyai kebebasan bersuara dalam politik untuk menyatakan pandangan dan kritikan namun harus berpegang pada peruntukan undang-undang dan tidak melanggar norma budaya masyarakat negara ini. 

“Kebebasan bersuara tidak bermaksud seseorang individu boleh membuat tomahan, fitnah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap institusi raja mahupun memperlekeh agama atau berbaur perkauman,” katanya semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Afnan Hamimi Taib Azamudden [Alor Setar- PN]  bertanyakan pendirian kementerian terhadap kebebasan bersuara dalam berpolitik dalam kalangan generasi muda di medium media sosial. 

Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, kebebasan bersuara yang ada tidak boleh disalah guna sehingga mengganggu ketenteraman rakyat. 

“Platform seperti Facebook, Tiktok, Youtube, Instagram dan WhatsApp menjadi trend kepada generasi muda untuk ekspresikan idea dan kritikan khususnya berkaitan isu politik. Kebebasan bersuara perlu limitasi agar tidak menyentuh sensitiviti yang boleh menjejaskan keharmonian negara. 

“Setiap warganegara termasuk generasi muda bebas untuk menyatakan pandangan dan kritikan tetapi mempunyai had dan batas tertentu selagi mana tidak melanggar undang-undang negara,” katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia

 

Author