Antarabangsa
Islamofobia ancaman besar kepada demokrasi – Duta Turkiye ke PBB
Duta Turkiye ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sedat Onal berkata Islamofobia menjadi ancaman besar kepada demokrasi.

- Duta Turkiye ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sedat Onal berkata Islamofobia menjadi ancaman besar kepada demokrasi.
- Islamofobia menjadi ancaman besar kepada demokrasi memberi kecenderungan perkauman dan xenofobia.
- Duta Turkiye itu juga menyifatkan serangan keji penghasut anti-Islam di Eropah terhadap al-Quran baru-baru ini sebagai pertunjukan kebencian secara terang-terangan.
- Beliau berkata demikian pada acara khas untuk memperingati Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia anjuran Pakistan dan Perhimpunan Agung PBB pada 10 Mac lalu.
Duta Turkiye ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Sedat Onal berkata Islamofobia menjadi ancaman besar kepada demokrasi.
“Ia memberi kecenderungan perkauman dan xenofobia sehingga mengakibatkan, penghinaan terhadap al-Quran dan masjid, serta pencabulan agama semakin meningkat,” kata Onal dipetik YeniSafak.
Beliau berkata demikian pada acara khas memperingati Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia anjuran Pakistan dan Perhimpunan Agung PBB pada 10 Mac lalu.
Onal menyifatkan serangan keji penghasut anti-Islam di Eropah terhadap al-Quran baru-baru ini sebagai “pertunjukan kebencian terang-terangan, sikap tidak bertoleransi, xenofobia dan diskriminasi.”
Menurutnya, tindakan itu tidak patut dibiarkan dengan alasan membenarkan hak kebebasan bersuara.
Beliau menggesa Perhimpunan Agung PBB untuk berdiri bersama menentang tindakan Islamofobia.
Onal juga menyeru “sebarang ketidakadilan yang kita saksikan” dan mempertahankan demokrasi serta hak asasi manusia.
“Antara langkah lain perlu diambil secara kolektif ialah mempromosikan nilai sivil Islam, memerangi radikalisme dan mengutuk sikap tidak bertoleransi, hasutan serta gangguan berdasarkan asal-usul etnik atau kepercayaan agama,” katanya.
Duta Turkiye itu berkata reformasi boleh dilakukan dengan perpaduan bersama-sama menerusi perkataan dan perbuatan.
Sumber: Yeni Safak
