Connect with us

Terkini

Anggap pinjaman sosial, Bank dicadang tidak kenakan faedah pinjaman jika simpanan KWSP dijadikan cagaran

Pihak bank dicadang tidak mengenakan sebarang interest (faedah pinjaman) jika mekanisme simpanan KWSP sebagai cagaran pinjaman, dilaksanakan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Anggap pinjaman sosial, Bank dicadang tidak kenakan faedah pinjaman jika simpanan KWSP dijadikan cagaran
Foto: Pensyarah Kanan dan Pakar Rujuk Kewangan Islam, Azman Hashim International Business School UTM, Dr Razli Ramli (kiri).
  • Mencadangkan perkara itu, Pensyarah Kanan dan Pakar Rujuk Kewangan Islam, Azman Hashim International Business School UTM, Dr Razli Ramli berkata bank perlu menganggap pinjaman terbabit sebagai pembiayaan sosial.
  • Bagaimanapun, beliau berkata bank boleh mengenakan caj satu peratus maksimum untuk menampung kos berkaitan penyediaan dokumen pembiayaan bagi kemudahan kredit khas itu.
  • “Pembiayaan atau pinjaman yang disediakan mesti bukan kepada pencarum yang tidak disasarkan (kumpulan sasaran).
  • “Sebaiknya bank boleh sahaja berikan interest-free loan (0% rate) atau ambil sedikit caj (contohnya 1%p.a) untuk menampung kos berkaitan penyediaan dokumen pembiayaan/pinjaman kemudahan kredit ini. Go for social financing. Cover kos dan bukan bermotif keuntungan,” katanya kepada The Merdeka Times pada Jumaat lalu.
  • Beliau mengulas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya KWSP beri ruang kepada pencarum mempunyai baki akaun mencukupi dan terdesak untuk meminjam wang dari bank dengan jaminan cagaran wang daripada agensi berkenaan.

KUALA LUMPUR – Pihak bank dicadang tidak mengenakan sebarang interest (faedah pinjaman) jika mekanisme simpanan KWSP sebagai cagaran pinjaman, dilaksanakan.

Mencadangkan perkara itu, Pensyarah Kanan dan Pakar Rujuk Kewangan Islam, Azman Hashim International Business School UTM, Dr Razli Ramli berkata bank perlu menganggap pinjaman terbabit sebagai pembiayaan sosial.

Bagaimanapun, beliau berkata bank boleh mengenakan caj satu peratus maksimum untuk menampung kos berkaitan penyediaan dokumen pembiayaan bagi kemudahan kredit khas itu.

“Saya puji cadangan cagaran wang simpanan KWSP ini sebab ia idea baharu dan berinovasi sebab belum pernah dibuat sebelum ini. 

“Walaupun begitu, kita mengharapkan pihak bank bersiap sedia untuk merangka proses mengenal pasti pencarum yang benar-benar memerlukan tunai sebegini untuk keperluan hidup. 

“Pembiayaan atau pinjaman yang disediakan mesti bukan kepada pencarum yang tidak disasarkan (kumpulan sasaran).

“Sebaiknya bank boleh sahaja berikan interest-free loan (0% rate) atau ambil sedikit caj (contohnya 1%p.a) untuk menampung kos berkaitan penyediaan dokumen pembiayaan/pinjaman kemudahan kredit ini. Go for social financing. Cover kos dan bukan bermotif keuntungan,” katanya kepada The Merdeka Times pada Jumaat lalu.

Dr Razli berkata secara dasar beliau tidak menyokong apa-apa sahaja tindakan yang ‘mengganggu’ duit KWSP kerana berpegang kepada prinsip simpanan itu adalah untuk masa depan atau hari tua.

Beliau berkata pengeluaran khas simpanan KWSP dibenarkan dibenarkan beberapa kali, namun situasi tidak dapat dielakkan jika pencarum berada dalam keadaan terdesak.

Beliau berkata kaedah simpanan KWSP sebagai cagaran pinjaman bank itu adalah jalan terakhir, sekali gus membantu kelompok terdesak terbabit.

“Kalau kita tengok hari ini simpanan penduduk Malaysia particularly amat rendah dan kita tak nak perkara itu menjadi lebih teruk sedangkan beberapa tahun sebelum ini semasa Covid dah banyak kali keluar dah..ini nak keluar lagi kan?

“Jadi lama-lama benda (duit) tak ada untuk hidup seterusnya ia akan menimbulkan masalah lagi besar kepada negara macam mana kita nak membantu golongan yang dah keluarkan duit ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan KWSP memberi ruang kepada pencarum mempunyai baki akaun mencukupi dan terdesak untuk meminjam wang dari bank dengan jaminan cagaran wang agensi berkenaan.

Perdana Menteri berkata kaedah itu memudahkan pencarum yang terdesak untuk mendapat bantuan kewangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *