Terkini
Akta baharu salah guna dadah, kurangkan kesesakan penjara akan digubal
Kerajaan akan menggubal Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) bagi mengurangkan bilangan penagih di penjara dengan menempatkan mereka di institusi atau rawatan pemulihan komuniti.
- Kerajaan akan menggubal Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) bagi mengurangkan bilangan penagih di penjara dengan menempatkan mereka di institusi atau rawatan pemulihan komuniti.
- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini penjara berdepan kesesakan menampung pesalah reman dan sabitan di 39 penjara membabitkan 74, 459 pesalah sedangkan kapasitinya hanya sekitar 65,000 orang.
- Melalui akta baharu itu, mana-mana penagih yang didapati bersalah mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1956 dan perlu menjalani hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak kurang dua tahun, hanya akan dikenakan rawatan pemulihan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atau rawatan pemulihan komuniti dalam tempoh tertentu.
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menggubal Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) bagi mengurangkan bilangan penagih di penjara dengan menempatkan mereka di institusi atau rawatan pemulihan komuniti.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketika ini penjara berdepan kesesakan menampung pesalah reman dan sabitan di 39 penjara membabitkan 74,459 pesalah sedangkan kapasitinya hanya sekitar 65,000 orang.
Beliau berkata melalui akta baharu itu mana-mana penagih yang didapati bersalah mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1956 dan perlu menjalani hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak kurang dua tahun, hanya akan dikenakan rawatan pemulihan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atau rawatan pemulihan komuniti dalam tempoh tertentu.
“Kita jangka tahun ini kita bentangkan. Bila akta baru ini digubal diluluskan di sini (Dewan Rakyat) diluluskan di Dewan Negara diwartakan untuk kita laksanakan, maka kes yang macam saya sebutkan tadi dadah ditemui dalam badan itu kita terus salurkan kepada program rawatan dibawah agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
“Sama ada di bawah rawatan pemulihan di bawah institusi ataupun rawatan pemulihan dalam komuniti,” katanya di Dewan Rakyat hari ini menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang).
Chen meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan komitmen kementerian untuk menyahjenayahkan kesalahan dadah kecil dalam usaha mengurangkan populasi banduan penjara di Malaysia.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata sekiranya penagih dihantar ke rawatan pemulihan insititusi bawah AADK, maka dia akan ditempatkan di situ selama dua tahun sebelum disambung rawatan pemulihan peringkat komuniti selama dua tahun lagi.
“Kalau dia kita salurkan ke rawatan komuniti dia akan ditempatkan selama tiga tahun… berbeza dengan sekarang dia mungkin berakhir di penjara. Saya fikir ini akan memberi kesan signifikan untuk mengurangkan kesesakan di penjara,” katanya.
Sebelum ini, The Merdeka Time melaporkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan kerajaan mengubah bentuk hukuman kes penagih dadah tidak serius atau soft drugs dari hukuman penjara kepada rawatan pemulihan.
Cadangan itu dikemukakan beliau ekoran hukuman sedia ada dilihat tidak berjaya menurunkan kes dadah dalam kalangan anak muda walaupun dikuatkuasakan berdekad lamanya. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube Parlimen Malaysia
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel