Connect with us

Antarabangsa

Ahli perniagaan dibunuh kekasih gay selepas enggan putus hubungan homoseksual

Seorang ahli perniagaan maut dibunuh pembantunya yang didakwa merupakan pasangan kekasihnya dalam hubungan homoseksual. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ahli perniagaan dibunuh kekasih gay selepas enggan putus hubungan homoseksual
Foto: Liyakath Ali Khan.
  • Seorang ahli perniagaan maut dibunuh pembantunya yang didakwa merupakan pasangan kekasihnya dalam hubungan homoseksual.
  • Suspek ingin memutuskan hubungan mereka, namun mangsa tidak bersetuju dan membawa kepada insiden pembunuhan itu.
  • Ilyaz Khan, 26, membunuh ahli perniagaan itu dengan memukul kepala mangsa menggunakan tukul.
  • Tertuduh bimbang tentang hubungan sulitnya akan terbongkar kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita.

KARNATAKA – Seorang ahli perniagaan maut dibunuh pembantunya yang didakwa merupakan pasangan kekasihnya dalam hubungan homoseksual. 

Tertuduh berkata dirinya mempunyai hubungan sejenis bersama ahli perniagaan itu dan membunuh mangsa kerana berlaku pergaduhan.

Terdahulu, polis membuat spekulasi bahawa tertuduh membunuh ahli perniagaan berusia 44 tahun itu atas sebab kewangan, namun kemudiannya didapati kedua-duanya mempunyai hubungan gay dan tertuduh ingin berpisah dengan ahli perniagaan itu.

Suspek merupakan rakan mangsa dan mendedahkan kepada pihak polis bahawa kedua-duanya terlibat dalam hubungan romantik di mana tertuduh ingin memutuskan hubungan, namun mangsa tidak bersetuju dan membawa kepada pembunuhan itu.

Mangsa, Liyakath Ali Khan, merupakan pemilik agensi pengiklanan dan dilaporkan mempunyai hubungan homoseksual dengan Ilyaz Khan, 26, yang membunuh ahli perniagaan itu dengan memukul kepalanya menggunakan tukul.

Tertuduh bimbang tentang hubungan sulitnya akan terbongkar kerana dia ingin berkahwin dengan seorang wanita.

Ilyaz dan Liyakath mula menjalinkan hubungan semasa permulaan pandemik dan meneruskan hubungan mereka selama dua tahun, tetapi kini suspek merancang untuk berkahwin dengan seorang wanita di atas kehendak keluarganya.

“Pada hari kejadian, tertuduh dan mangsa terlibat dalam perbuatan seksual. Mereka kemudiannya bertengkar tentang masa depan Ilyaz dan dalam keadaan marah, Ilyas memukul Liyakath dengan tukul kemudian menikamnya dengan gunting,” kata seorang pegawai kanan polis kepada Times Now.

Sumber: MSN

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *