Terkini
Valentine’s Day bukan anjuran Islam – JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan masyarakat Islam bahawa sambutan Valentine’s Day (Hari Kekasih) yang jatuh pada hari ini, 14 Februari setiap tahun tidak pernah dianjurkan Islam dan ianya bukan budaya Muslim.
- JAKIM mengingatkan masyarakat Islam bahawa sambutan Valentine’s Day (Hari Kekasih) yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun tidak pernah dianjurkan Islam dan ianya bukan budaya Muslim.
- Rasulullah SAW bersabda bahawa, ‘barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka’.
- “Islam tidak menghalang kasih sayang selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan masyarakat Islam bahawa sambutan Valentine’s Day (Hari Kekasih) yang jatuh pada hari ini, 14 Februari setiap tahun tidak pernah dianjurkan Islam dan ianya bukan budaya Muslim.
JAKIM dalam kenyataan itu berkata, Rasulullah SAW bersabda bahawa, ‘barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka’.
“Islam tidak menghalang kasih sayang selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ke-71, memutuskan amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam ‘Bayan Linnas Siri Ke- 84: Ke Mana Arah Tuju Hari Kekasih?’, turut menyatakan sambutan itu adalah diharamkan di dalam Islam berdasarkan data-data jelas menunjukkan ia memang membawa budaya maksiat dan perzinaan di samping menyerupai budaya buruk yang luar daripada ajaran Islam. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)