Connect with us

Antarabangsa

Rejim Israel rampas duit Palestin bayar pampasan mangsa serangan pendudukan

Rejim Israel rampas duit Palestin bayar pampasan mangsa serangan pendudukan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rejim Israel rampas duit Palestin bayar pampasan mangsa serangan pendudukan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rejim Israel, yang mengutip cukai bagi pihak berkuasa Palestin, akan menggunakan 100 juta shekel (USD29 juta) daripada dana PA (Palestinian Authority) untuk membayar pampasan kepada mangsa serangan Palestin, kata Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich.
  • Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Israel merampas hasil cukai Palestin sebagai “pampasan” kepada keluarga Israel yang terbunuh dan cedera dalam operasi membabitkan warga Palestin.
  • Seorang pegawai kanan ekonomi PA, yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu Arab News bahawa keputusan Israel menggandakan potongan cukai akan memburukkan lagi krisis kewangan dialami PA selama lebih setahun.

RAMALLAH – Rejim Israel, yang mengutip cukai bagi pihak berkuasa Palestin, akan menggunakan 100 juta shekel (USD29 juta) daripada dana PA (Palestinian Authority) untuk membayar pampasan kepada mangsa serangan Palestin, kata Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich.

Jumlah yang akan ditolak itu adalah dua kali ganda jumlah yang biasanya dirampas setiap bulan — USD14.7 juta — ia merupakan langkah pertama Smotrich sejak memegang jawatan.

Smotrich yang mengeluarkan arahan itu mendakwa dana itu kebiasaannya dipindahkan PA kepada keluarga banduan dan mereka yang melakukan serangan terhadap pendudukan rejim Israel.

Ini bukan kali pertama pihak berkuasa Israel merampas hasil cukai Palestin sebagai “pampasan” kepada keluarga Israel yang terbunuh dan cedera dalam operasi membabitkan warga Palestin.

Pada 8 Januari lalu, Smotrich mengarahkan rampasan USD40.5 juta daripada dana PA sebagai sebahagian sekatan ke atas rakyat Palestin.

Jumlah ditolak rejim Israel antara 2011 dan 2021 di bawah klausa itu mencecah USD11 bilion.

Pada tahun 2022 sahaja, jumlah potongan Israel unilateral daripada hasil cukai Palestin berjumlah USD 450 juta.

Seorang pegawai kanan ekonomi PA, yang tidak mahu namanya disiarkan, memberitahu Arab News bahawa keputusan rejim Israel menggandakan potongan cukai akan memburukkan lagi krisis kewangan dialami PA selama lebih setahun.

Sumber: Arab News

 

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *