Connect with us

Terkini

Rakyat sengsara di bawah pemimpin tidak berpegang ajaran Islam – Tun M

Pemimpin negara Islam yang mentadbir negara tanpa berpegang kepada sunnah dan al-Quran akan mengakibatkan rakyat sengsara sehingga ada yang berhijrah ke negara bukan Islam bagi mendapatkan perlindungan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rakyat sengsara di bawah pemimpin tidak berpegang ajaran Islam - Tun M
Foto: Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana tanpa pegangan, pemimpin akan ‘tergelincir dari landasan yang dorong mereka ke arah kemudaratan berbanding kebaikan.
  • “Ada umat Islam sekarang ditekan, ditindas dan dihina, malah terdapat (rakyat) negara-negara Islam terpaksa berhijrah untuk cari perlindungan di negara bukan Islam.
  • “Ini bermakna pentadbiran negara Islam itu sendiri menekankan orang Islam. Apakah sebabnya perkara ini berlaku, tentu kita berpendapat pentadbiran orang Islam tidak begitu baik dan tidak berpegang pada ajaran agama.
  • “Ini juga berpunca dari salah faham, perbezaan pendapat dan kezaliman pentadbiran. (antara faktor memudaratkan negara dan rakyat),” katanya.

SHAH ALAM – Pemimpin negara Islam yang mentadbir negara tanpa berpegang kepada sunnah dan al-Quran akan mengakibatkan rakyat sengsara sehingga ada yang berhijrah ke negara bukan Islam bagi mendapatkan perlindungan.

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana tanpa pegangan, pemimpin akan mudah ‘tergelincir dari landasan yang mendorong mereka ke arah kemudaratan berbanding kebaikan.

“Ada umat Islam sekarang ditekan, ditindas dan dihina, malah terdapat (rakyat) negara-negara Islam yang terpaksa berhijrah untuk mencari perlindungan di negara bukan Islam.

“Ini bermakna pentadbiran negara Islam itu sendiri menekankan orang Islam. Apakah sebabnya perkara ini berlaku, tentu kita berpendapat pentadbiran orang Islam tidak begitu baik dan tidak berpegang kepada ajaran agama.

“Ini juga berpunca daripada salah faham, perbezaan pendapat dan kezaliman pentadbiran. (antara faktor yang memudaratkan negara dan rakyat),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Persidangan Dakwah Kebangsaan ‘Cabaran umat Islam dan peranan badan bukan pertubuhan (NGO) Islam’ yang berlangsung di Dewan Serbaguna di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

Tambah Dr Mahathir, perpecahan dalam kalangan umat Islam juga boleh berlaku dan boleh mencetuskan permusuhan antara mereka.

“Justeru pihak yang terlibat dengan dakwah Islam harus menyelidik dan mengenal pasti pendekatan baharu bagi menghindari perkara berkenaan.

“Ini kerana di waktu kini banyak cabaran dihadapi orang Islam (peperangan, pergolakan politik dan iklim) maka perlu pendekatan yang baharu untuk melindungi umat Islam,” ujarnya.

Ketika ditanya berkenaan negara Sweden bertindak membakar al-Quran, beliau menegaskan perbuatan itu tidak bertamadun dan boleh mencetus permusuhan yang sepatutnya dielakkan.

Dr Mahathir berkata, tindakan itu tidak sepatutnya dibuat kerana memberi perspektif buruk kepada agama Islam.

“Mereka sepatutnya hormat kefahaman dan kepercayaan agama dan orang lain, (perbuatan itu juga tidak patut dibanggakan dan dicontohi),” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agong kehormat Perkim, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor pula menekan dakwah sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada umat Islam.

Jelasnya, dakwah adalah cara Islam memperjuangkan kebenaran hakiki, menegakkan makruf serta memerangi kezaliman dan kemungkaran.

Menurut beliau, kini ramai menyaksikan keluarbiasaan tingkah laku sebahagian manusia, yang hampir menyerupai haiwan, iaitu tidak menggunakan akal dan hati apabila bertindak, yang boleh memberi risiko kepada kejadian buruk.

“Selain itu, mendorong semangat ekstremisme beragama, melakukan provokasi antara satu sama lain, mencipta isu yang sensitif, menghancur dan membinasakan sesuatu kumpulan etnik dan merosakkan lambang kesucian agama lawan termasuklah perbuatan membakar kitab suci al-Quran.

“Kejadian itu yang sebenarnya seolah-olah menjemput dakwah kerana ia penting untuk mengembalikan dan menyedarkan mereka mengenai kewarasan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *