Terkini
Perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew yang tertangguh semalam diteruskan pagi ini
Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew yang sepatutnya berlangsung petang semalam, diteruskan pagi ini di Mahkamah Majistret Tenom.

- Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew yang sepatutnya berlangsung petang semalam, diteruskan pagi ini di Mahkamah Majistret Tenom.
- Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew tiba di Mahkamah Tenom bersama barisan peguamnya pada jam 10.24 pagi ini.
- Semalam, perbicaraan yang dijadual akan berlangsung jam 2 petang (semalam) ditangguhkan berikutan pihak pendakwaan perlu menghantar permohonan untuk menjalankan perbicaraan melibatkan mangsa secara tertutup seperti diputuskan Majistret Nor Aysraf Zolhani pada Selasa.
- Menurut pihak mahkamah, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mereka menerusi e-mel yang permohonan itu akan dikemukakan jam 4.30 petang semalam.
- Setakat ini keseluruhan saksi yang telah dipanggil memberi keterangan bagi pihak pendakwaan adalah seramai enam orang.
KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew yang sepatutnya berlangsung petang semalam, diteruskan pagi ini di Mahkamah Majistret Tenom.
Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew tiba di Mahkamah Tenom bersama barisan peguamnya pada jam 10.24 pagi ini.
Semalam, perbicaraan yang dijadual akan berlangsung jam 2 petang ditangguhkan berikutan pihak pendakwaan perlu menghantar permohonan untuk menjalankan perbicaraan melibatkan mangsa secara tertutup seperti diputuskan Majistret Nor Aysraf Zolhani pada Selasa.
Menurut pihak mahkamah, pihak pendakwaan memaklumkan kepada mereka menerusi e-mel yang permohonan itu akan dikemukakan jam 4.30 petang semalam.
Pada perbicaraan hari Selasa, Majistret memutuskan saksi ketujuh, Inspektor Yip Chang Ching perlu menjalani perbicaraan seperti biasa, manakala permohonan perbicaraan tertutup bagi mangsa perlu dikemukakan semula oleh pihak pendakwaan sebelum sesi perbicaraan seterusnya.
Ebit Lew berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Setakat ini keseluruhan saksi yang telah dipanggil memberi keterangan bagi pihak pendakwaan adalah seramai enam orang.
Ebit diwakili barisan peguamnya, Ram Singh, Kamarudin Mohamad Chinki, dan Timothy Daut.
Sementara itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Nur Masrin Amalia Amiruddin serta Majistret, Nor Asyraf Zolhani.
Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew disambung di Mahkamah Majistret Tenom bermula 7 Februari sehingga 10 Februari depan. – The Merdeka Times
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular