Connect with us

Terkini

Perak cadang sedia mesin layan diri sanitari di sekolah rendah

Perak bercadang menempatkan mesin layan diri sanitari di sekolah rendah sebagai langkah menangani isu kemiskinan haid dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan wanita daripada keluarga B40.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perak cadang sedia mesin layan diri sanitari di sekolah rendah
Foto: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed
  • Perak bercadang menempatkan mesin layan diri sanitari di sekolah rendah sebagai langkah menangani isu kemiskinan haid.
  • “Mungkin ada keperluan wujudkan mesin ini, terutama di sekolah rendah. Dahulu, kedatangan haid ini rata-rata di fasa umur sekolah menengah, tetapi apabila saya tanya dekat pelajar, kebanyakannya mula datang haid seawal sekolah rendah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Salbiah Mohamed.
  • “Saya juga alu-alukan agensi bukan kerajaan yang ingin melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini,” tambahnya.

 

IPOH: Perak bercadang menempatkan mesin layan diri sanitari di sekolah rendah sebagai langkah menangani isu kemiskinan haid dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan wanita daripada keluarga B40.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed berkata mesin layan diri itu ditempatkan berdasarkan keperluan memandangkan kanak-kanak kini mengalami kedatangan haid awal, iaitu di peringkat sekolah rendah.

“Mungkin ada keperluan wujudkan mesin ini, terutama di sekolah rendah, namun (tidak pasti) adakah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sediakan. Dahulu, kedatangan haid ini rata-rata di fasa umur sekolah menengah, jadi kita tidak beri pendedahan kepada murid sekolah rendah, tetapi apabila saya tanya dekat pelajar, kebanyakannya mula datang haid seawal sekolah rendah.

“Selain itu, ada tempat yang sukar untuk kita dapatkan tuala wanita seperti di kawasan rehat dan rawat, bahkan menteri kesihatan ada membincangkan bagaimana mahu meletakkannya di pejabat, jadi kita akan lihat mana-mana tempat bersesuaian. Saya juga alu-alukan agensi bukan kerajaan yang ingin melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kit asas sanitasi wanita kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan pada Program Pembasmian Kemiskinan Haid: Pemberian Kit Asas Sanitari Wanita Perak di sini.

Sementara itu, Salbiah berkata, kerajaan negeri menghadiri mesyuarat Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional (MPKN) dua hari lepas bagi membentangkan kertas cadangan mengurangkan kos bahan mentah, iaitu mewujudkan Hari Pembekal yang menawarkan harga berpatutan kepada pembeli.

“Kerajaan negeri ada inisiatif untuk menggalakkan usahawan melakukan program Menu Rahmah, jadi melalui cadangan tersebut kita mahu pastikan pembekal mengenalkan harga berpatutan.

“Selain itu, saya turut memohon kementerian terlibat meneruskan Jualan Harga Patut. Jika peniaga dapat membeli bahan mentah dengan kos rendah, mereka dapat menjual barangan makanan pada harga murah.”

Inisiatif Menu Rahmah dilancarkan pada 31 Jan lalu bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

 

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *