Connect with us

Terkini

Peminat persoal BRM FC terima tajaan dari syarikat rokok elektronik

Semalam kelab bola sepak BRM FC telah melancarkan jersi terbaru mereka untuk saingan Liga M3 musim ini yang diadakan dalam satu majlis yang cukup meriah dengan banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang hari pelancaran. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Peminat persoal BRM FC terima tajaan dari syarikat rokok elektronik
Foto: Jersi terbaru BRM FC dengan logo syarikat rokok elektronik, Aladdin Pro.
  • Terdapat logo sebuah syarikat rokok elektronik yang terkenal di Malaysia, Aladdin Pro pada jersi baru BRM FC.
  • Ramai peminat mempersoal tindakan kelab itu terima tajaan dari syarikat rokok elektronik tersebut kerana semua sedia maklum kerajaan mengharamkan perkara tersebut sejak 2004.
  • Ini kerana pihak kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian Kovensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) termasuk telah mewujudkan undang-undang domestik iaitu Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) pindaan 2004 yang berkuatkuasa 14 Ogos 2004. 
  • Persoalannya, adakah pihak BRM sedar atau tidak akan undang-undang ini sebelum bersetuju untuk menerima tajaan dari Aladdin Pro atau sebaliknya. 

Semalam kelab bola sepak BRM FC telah melancarkan jersi terbaru mereka untuk saingan Liga M3 musim ini yang diadakan dalam satu majlis yang cukup meriah dengan banyak aktiviti yang berlangsung sepanjang hari pelancaran. 

Lebih menarik lagi apabila Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia (KBS), Adam Adli Abdul Halim turut hadir untuk melancarkan jersi di samping mengadakan perlawanan persahabatan di antara BRM dan SuperLawak FC yang dibarisi artis terkenal seperti Jep Sepahtu dan Rahim Sepahtu.

Namun, terdapat sesuatu yang menarik perhatian peminat pada jersi baru BRM adalah logo salah satu penaja utama iaitu Aladdin Pro. 

Bagi mereka yang tidak tahu, syarikat Aladdin Pro adalah sebuah syarikat rokok elektronik yang terkenal di Malaysia. 

Ramai peminat mempersoal tindakan kelab tersebut menerima tajaan dari syarikat rokok elektronik tersebut kerana semua sedia maklum bahawa kerajaan telah mengharamkan perkara tersebut sejak 2004.

Ini kerana pihak kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian Kovensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC) termasuk telah mewujudkan undang-undang domestik iaitu Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) pindaan 2004 yang berkuatkuasa 14 Ogos 2004. 

Persoalannya, adakah pihak BRM sedar atau tidak akan undang-undang ini sebelum bersetuju untuk menerima tajaan dari Aladdin Pro atau sebaliknya. 

Terdahulu, Selangor FC turut melakukan perkara sama apabila mereka mempromosikan produk rokok elektronik di media social mereka dan ini telah mencetuskan kritikan ramai peminat. 

Peminat mendesak Selangor menamatkan penajaan mereka bersama produk rokok elektronik kerana tidak sesuai dan membahayakan kesihatan di samping permainan bola sepak dikenali sebagai sukan yang menyihatkan badan.

Sumber: Harimau Malaya

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *