Connect with us

Antarabangsa

OIC tuntut ‘tindak balas tegas’ insiden bakar al-Quran

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa menuntut “tindak balas yang tegas” terhadap kejadian membakar salinan al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark baru-baru ini.

Wartawan TMT

Published

on

OIC tuntut ‘tindak balas tegas’ insiden bakar al-Quran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Hissein Brahim Taha “mengulangi kekecewaannya terhadap tindakan provokasi yang dilakukan oleh aktivis sayap kanan, menekankan tindakan itu adalah perbuatan jenayah dilakukan dengan niat utama menyasarkan umat Islam, menghina agama, nilai suci mereka.” 
  • Hissein berkata tindakan sengaja mencemarkan Al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.
  • Tindakan itu merupakan penghinaan langsung kepada 1.6 bilion penduduk Islam, justeru Taha meminta semua pihak berkepentingan mengambil tindakan tegas, agar provokasi serupa tidak berulang pada masa hadapan.

 

ISTANBUL – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Selasa menuntut “tindak balas yang tegas” terhadap kejadian membakar salinan al-Quran di Sweden, Belanda dan Denmark baru-baru ini.

Blok Islam itu menyuarakan pendirian bersama terhadap penodaan al-Quran baru-baru ini dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan di Jeddah, Arab Saudi.

Mereka membincangkan kemungkinan tindakan yang boleh diambil oleh OIC terhadap pelaku serangan Islamofobia itu, lapor Agensi Anadolu.

Setiausaha Agung OIC Hissein Brahim Taha “mengulangi kekecewaannya terhadap tindakan provokasi yang dilakukan oleh aktivis sayap kanan, menekankan bahawa tindakan berkenaan adalah perbuatan jenayah yang dilakukan dengan niat utama menyasarkan umat Islam, menghina agama, nilai suci mereka,” menurut kenyataan itu.

Setiausaha Agung itu menambah bahawa tindakan sengaja mencemarkan Al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

Tindakan demikian merupakan penghinaan langsung kepada keseluruhan 1.6 bilion penduduk Islam, justeru Taha meminta semua pihak berkepentingan mengambil tindakan tegas, agar provokasi serupa tidak berulang pada masa hadapan.

Minggu lalu, pelampau Denmark-Sweden Rasmus Paludan dan Edwin Wagensveld, ahli politik Belanda dan ketua kumpulan Islamofobia Pegida, secara berasingan bertindak membakar kitab suci Islam di Sweden, Belanda dan Denmark.

 

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending