Connect with us

Ekonomi

Kerajaan akan umum bantuan B40 tanpa perlu pengeluaran KWSP

Kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara di dalam Belanjawan 2023 bagi membantu golongan B40 terutamanya untuk menjana pendapatan tambahan tanpa perlu membuat pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan akan umum bantuan B40 tanpa perlu pengeluaran KWSP
Foto: Rafizi (kanan) pada sidang media selepas menghadiri Sesi Kick-off Dialog Strategik Bersama Menteri Ekonomi: Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Ke-4 di Kuala Lumpur, hari ini
  • Rakyat perlu berhati-hati keluaran KWSP walaupun ia dapat bantu sesetengah keluarga atau golongan buat masa sekarang, namun kos yang perlu dibayar oleh mereka di kemudian hari adalah tinggi. – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli
  • “Saya fikir kita boleh ambil jalan mudah dengan benarkannya, tapi dalam keadaan masyarakat kita makin menua dan kos untuk melalui hari tua itu akan bertambah tinggi pada masa akan datang, jadi memang jadi tanggungjawab kita untuk pastikan seberapa ramai (rakyat) yang boleh ada sedikit simpanan.
  • “Apa yang kita mampu bantu dari segi bantuan, dasar yang lain sekarang ini yang babitkan kos dan pendapatan, kita perlu tumpu yang itu dahulu kerana menyentuh atau ambil wang persaraan di hari tua, walaupun ia nampak mudah untuk ahli politik sekarang, tapi dia mencuci tangan untuk masa akan datang kerana yang akan menanggungnya ialah mereka yang kehilangan simpanan hari tua,” katanya

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan beberapa perkara di dalam Belanjawan 2023 bagi membantu golongan B40 terutamanya untuk menjana pendapatan tambahan tanpa perlu membuat pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata rakyat perlu berhati-hati dalam pengeluaran KWSP walaupun beliau faham ia dapat membantu sesetengah keluarga atau golongan buat masa sekarang, namun kos yang perlu dibayar oleh mereka di kemudian hari adalah tinggi.

“Saya fikir kita boleh ambil jalan mudah dengan membenarkannya, tetapi dalam keadaan masyarakat kita makin menua dan kos untuk melalui hari tua itu akan bertambah tinggi pada masa akan datang, jadi memang menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan seberapa ramai (rakyat) yang boleh ada sedikit simpanan.

“Apa yang kita mampu bantu dari segi bantuan, dasar yang lain sekarang ini yang membabitkan kos dan pendapatan, kita perlu tumpu yang itu dahulu kerana menyentuh atau mengambil wang persaraan di hari tua, walaupun ia nampak mudah untuk ahli politik sekarang, tetapi dia mencuci tangan untuk masa akan datang kerana yang akan menanggungnya ialah mereka yang kehilangan simpanan hari tua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Kick-off Dialog Strategik Bersama Menteri Ekonomi: Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Ke-4 di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan sedang mengkaji alternatif membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan berikutan peningkatan kos sara hidup tanpa perlu mereka mengeluarkan simpanan KWSP.

Anwar berkata, kerajaan sedang mencari jalan penyelesaian lain yang tidak akan membebankan pekerja apabila mereka bersara nanti.

Sementara itu, Rafizi berkata, kerajaan berharap untuk meneruskan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang sedang berlaku ketika ini.

Katanya, pihaknya mula melihat kepada dasar dan program yang boleh meletakkan sasaran pertumbuhan gaji kerana tidak boleh melihat kepada aspek kos sara hidup semata-mata.

“Kerajaan mesti ada kerangka dasar yang jelas untuk tempoh dua, lima tahun akan datang untuk memastikan kenaikan gaji itu tidak diserahkan kepada pasaran semata-mata.

“Cuma di peringkat kementerian kami, ini semua adalah jangka sederhana dan panjang, tetapi secara prinsipnya, kalau kita berjaya memastikan program subsidi itu disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, itu juga akan memastikan kesan kenaikan kos sara hidup dapat ditangani dengan lebih baik,” katanya.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending